BYD Atto 3 dapat 5-bintang Green NCAP

248
BYD Atto 3 mendapat skor 5-bintang bagi ujian Green NCAP di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).
 
Green NCAP merupakan inisiatif bebas yang menggalakkan pembangunan kereta bersih, cekap tenaga dan tidak berbahaya kepada alam sekitar.
 
 
Berdasarkan ujian yang dijalankan, Atto 3 model 2023 itu menggunakan tenaga yang rendah pada persekitaran sejuk (ujian makmal -7°C) yang mana hanya memerlukan 25.1kWj/100km.
 

Ia membuktikan sistem pemanasan yang direka dengan baik serta menggunakan sumber haba buangan yang berbeza.

Di atas kertas, kecekapan penggunaan tenaga BYD Atto 3 adalah 16kWj/100km. Hasil ujian sejuk, penggunaan tenaga adalah 18.2kWj/100km manakala ujian panas 18.0kWj/100km, yang mana masih cukup adil.



Pada kitaran lebuhraya, penggunaan adalah lebih ketara iaitu 28.1kWj/100km, bersamaan dengan julat perbatuan 244km. Seperti yang dinyatakan, EV cemerlang dalam ujian sejuk dengan persekitaran suhu -7°C dengan penggunaan hanya 25.1 kWj.

Manakala ujian atas jalan pada suhu 19°C, Atto 3 menggunakan 18kWj/100km iaitu menghasilkan jarak perbatuan sejauh 376km.

PENGECASAN PERLAHAN

Bagi ujian kapasiti bateri, proses cas agak perlahan menggunakan pengecasan 11kW. Bateri diisi dengan tenaga 59.3kWj hampir sama dengan angka 60kWj yang diisytiharkan. Atto 3 dilengkapi dengan bateri LFP Blade BYD.

Pengecasan semula keseluruhan bateri 68.4 kWj daripada grid elektrik menghasilkan kecekapan keluaran grid ke bateri yang agak sederhana sebanyak 87 peratus.

Memandangkan BYD Atto 3 adalah elektrik penuh, pelepasan gas rumah hijau (GHG) hanya berpunca daripada bekalan elektrik iaitu kira-kira 50-80 g CO2-eq./km (bergantung pada penggunaan ujian). 

Menurut laporan Green NCAP, Atto 3 mendapat mendapat markah tinggi 9.7 daripada 10 dalam GHG. Terima kasih kepada rangkaian kuasanya, konsep pemanasan, dan pelepasan CO2 yang agak rendah daripada campuran elektrik EU. 

Dalam skor keseluruhan, Atto 3 mendapat skor penuh bagi Indeks Udara Bersih (secara semula jadi, tidak mempunyai ekzos), 9.5/10 (Indeks Kecekapan Tenaga), dan 9.7/10 (Indeks Gas Rumah Hijau).

Model yang diuji ialah spesifikasi eropah Atto 3 yang menggunakan motor 150kW dan bateri 60kWj dengan berat 1,750 kg dan dilengkapi dengan pam haba.

Green NCAP menyimpulkan dengan menaiktaraf operasi pengecasan/penyahcasan dan bateri Atto 3 akan meningkatkan hasil kenderaan dengan lebih tinggi. Secara keseluruhan, BYD Atto 3 mendapat skor purata 97 peratus.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here