Parkir kenderaan depan rumah sendiri atau jiran boleh didenda

1000

Masalah parkir di kawasan perumahan teres, flat mahupun lot kedai bukanlah isu baru bahkan tidak menemui jalan penyelesaian jika masih ada individu yang tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri.

Selain parkir di rumah jiran ataupun menghalang laluan, ada juga meletakkan ‘tanda’ atau objek misalnya kon, tong gas atau botol di petak parkir kosong.



Tahukah anda, meletakkan kenderaan di depan rumah (luar pagar) mahupun kediaman jiran boleh dikenakan denda.

Menerusi satu kenyataan, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) mengeluarkan notis melarang pemilik rumah atau jiran meletak kenderaan awam di depan rumah (luar pagar) masing-masing berkuatkuasa 2 Oktober dan boleh dikenakan tindakan. 

“Tindakan penguatkuasaan diambil sekiranya menerima aduan dan tahun lalu sebanyak 242 aduan dilaporkan kepada MBPG.

“Bagi tahun ini sehingga September, sebanyak 349 aduan diterima yang melibatkan aduan kacau ganggu kenderaan (menghalang, kenderaan terbiar/buruk, parkir di simpang jalan/laluan utama dan lain-lain),” tulisnya. 

Tindakan boleh diambil mengikut kesalahan:

  • SEKSYEN 48(1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 [AKTA 333] : Sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara selama tidak kurang daripada 1 tahun atau kedua-duanya.
  • SEKSYEN 46(1)(g) AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 [AKTA 133] : Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500 dan mengenai sesuatu sabitan kali kedua atau kali kemudian didenda tidak melebihi RM1,000.
  • UNDANG-UNDANG KECIL 3(n) UNDANG-UNDANG KECIL VANDALISME (MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG) 2011 : Apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.
  • PERINTAH 17(1) DAN 17(2) PERINTAH LALULINTAS JALAN (PERUNTUKAN MENGENAI TEMPAT LETAK KERETA) PIHAK BERKUASA TEMPATAN PASIR GUDANG 2001 : Apabila disabitkan boleh dikenakan dengan tidak lebih daripada RM100.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here