BYD Song L dijual di China, harga mula RM143k

449

BYD Song L sudahpun bermula pra jualan di China menerusi lima pilihan varian pada harga mula CNY 220,000 (RM143,474).

Song L merupakan model terbaru BYD yang menggunakan senibina e-Platfrom 3.0 yang turut boleh ditemui pada Seal, Dolphin, Atto 3 (Yuan Plus) dan lain-lain.



SUV fastback itu menggunakan bahasa rekaan yang dinamakan Dragon Face menerusi lampu depan LED yang nipis dan bampar yang sporty dengan intake udara bentuk trapez.

Ia juga mempunyai garis bumbung yang cerun dan pemegang pintu yang boleh dilipat. Belakangnya pula dipadankan dengan spoiler aktif. 

Model itu memiliki panjang 4,840mm, lebar (1,950mm) dan tinggi (1,560mm) dengan jarak roda 2,930mm.

Sebagai perbandingan, Song L lebih pendek 115mm berbanding liftback Geely Zeekr 001. Produk BYD itu juga menggunakan sistem suspensi DiSus C. 

Bahagian kabin, BYD memilih skrin terapung 15.6 inci yang boleh berpusing dan panel instrumen LCD 10.25 inci yang terletak di belakang stereng.
 
Song L turut didatangkan dengan AR-HUD 50-inci bersama DiLink OS BYD. SUV itu turut didatangkan dengan sistem bantuan pemanduan DiPilot dengan 30 fungsi.
 
 
Trenkuasa bergantung kepada peringkat varian iaitu:
 
Varian Exceed 550km
  • Vateri 71.8 kWh LFP (perbatuan 550 km)
  • RWD, 204hp
  • 0-100kmj : 8.6 saat
  • CNY 220,000 (RM143,474)

Varian Excellence 550km

  • Bateri 71.8 kWh LFP (perbatuan 550 km)
  • RWD, 204hp
  • 0-100kmj : 8.6 saat
  • CNY 240,000 (RM156,517)

Varian Exceed 662km

  • Bateri 87.04 kWh (perbatuan 662km)
  • RWD, 313hp
  • 0-100kmj :  6.9 saat
  • CNY 240,000 (RM156,517)

Varian Excellence 662km

  • Bateri 87.04 kWh (perbatuan 662 km)
  • RWD, 313hp
  • 0-100kmj : 6.9 saat
  • CNY 260,000 (RM169,561)

Varian Excellence 602 km 4WD

  • Bateri 87.04 kWh (perbatuab 602 km)
  • 4WD, 517hp
  • 0-100kmj : 4.3 saat
  • CNY 280,000 (RM182,604)
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here