Kia Carnival 11 tempat duduk rasmi lancar, harga RM198k

248

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia rasmi memperkenalkan versi pemasangan tempatan (CKD), Kia Carnival 11 tempat duduk.

MPV yang dipasang di kemudahan Inokom Assembley, Kulim, Kedah itu dijual pada harga RM213,888.



Bagaimanapun, bermula 1 November hingga 31 Disember ini, Kia Carnival 11 tempat duduk itu dijual pada harga promosi bermula dari RM198,500.

Hanya perubahan tempat duduk, spesifikasi lain adalah sama dengan versi import (CBU) yang ditawarkan sebelum ini.

Hud depan masih lagi mempertaruhkan enjin 2.2 liter turbo diesel yang menghasilkan kuasa 199hp @ 3,800rpm dan tork 440Nm @ 1,750-2,750 rpm. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi 8-kelajuan automatik. 

Penampilan depan diserlahkan dengan lampu LED dan pintu penumpang sisi dengan ciri gelunsur berkuasa pintar. 

Kemudian dalam kabin, tersedianya skrin sentuh 12.3-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto dan tujuh slot USB.

Manakala, Kia memilih kemasan upholsteri leatherette berwarna hitam/kelabu pada Carnival CKD. 

Demi ketenangan minda pemilik, Kia Carnival didatangkan dengan 7-beg udara, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Isofix, sistem paparan keliling (SVM), amaran pelanggaran titik buta(BCW) dan lain-lain. 

Setiap pembelian model Kia didatangkan dengan jaminan pengeluar 5-tahun dan had perbatuan 100,000km (yang mana tiba dahulu), serta pakej servis percuma lima tahun, dengan had perbatuan 100,000 km (yang mana tiba dahulu).

Untuk melihat dengan lebih dekat model yang ditawarkan, kunjungi Bermaz Auto Showcase di Centre Court Pavillion Bukit Jalil bermula 1 hingga 5 November 2023.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here