Kes langgar pelajar depan sekolah, Pegawai kanan polis ditahan

386

Pegawai kanan polis ditahan susulan insiden kemalangan yang mengakibatkan kematian pelajar Tingkatan Lima berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, tengah hari semalam. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kemalangan yang melibatkan sebuah Perodua Ativa dan motosikal jenis Yamaha.

“Dalam kes ini penunggang motosikal seorang remaja berumur 17 tahun meninggal di lokasi kejadian manakala pemandu kereta lelaki berumur 44 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,



“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Hasil bedah siasar ke atas mayat mangsa mendapati punca kematian adalah kecederaan bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan,” jelasnya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan.

Pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah itu ditahan dan akan menjalani proses permohonan reman hari ini untuk siasatan lanjut.

Siasatan akan turut dijalankan dari pelbagai sudut termasuk siasatan jenayah yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang atau membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“PDRM tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawainya sendiri sekiranya mempunyai bukti yang kukuh. Orang awam juga diminta tidak membuat sebatang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam,” katanya

Polis turut meminta kepada orang awam yang mengetahui atau menyaksikan kejadian supaya berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-8849163.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here