SIBW 11 2023 Perkasakan Budaya Sarawak

557

SIBU International Bike Week(SIBW) 11 2023, sekali lagi mendapat kepujian dalam mengelola acara tahunan yang berprestij di Bumi Sarawak.

Acara perhimpunan motosikal yang dinantikan oleh pemilik dan peminat motosikal di Borneo.

Sibu International Bike Week jelas tidak pernah mengecewakan pengunjung dengan penambahbaikan acara saban tahun.

Acara yang tersohor di Sarawak, membuktikan ianya merupakan salah satu pintu masuk pengunjung dari luar negara ke Sarawak.

Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 11 lokasi keramat acara berkenaan telah dipenuhi sebanyak 60 booth dan dikunjungi dari pelbagai bangsa serta pelancong diluar jangkaan.

Menurut Datuk Michael Tiang,Timbalan Menteri 11 Kesihatan Awam,Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak sewaktu di temui berkata, penganjuran Sibu International Bike Week merupakan ‘Hub’ untuk mengumpulkan belia.



“Saya dapat melihat ramai anak muda di sini, datang dari dan luar Sarawak

Malah ada juga dari luar negara seperti Brunei, Indonesia,Thailand, Singapura,Jerman dan Amerika Syarikat,ujarnya lagi.

 

Anda semua boleh melihat serta merasai pengalaman unik di Sibu yang kaya dengan masyarakat berbilang etnik dan agama,demikian luahan Datuk Michael Tiang sewaktu merasmikan SIBW 11 2023.

Persembahan oleh kumpulan Gendang Pampat Dayak Sarawak yang sungguh unik telah menyerikan SIBW 11 2023 khusus buat pengunjung luar.

Menurut Razak,Founder Razz Chopper Malaysia,idea membuat  kejutan kepada pengunjung berdasarkan sokongan kuat dari kerjaan negeri.

Disamping itu ianya bertujuan mempromosi budaya yang terdapat di negeri Sarawak.

Kami menghargai pengunjung khususnya luar dari Sarawak yang menginginkan sesuatu yang segar sepanjang acara dijalankan.

Ternyata idea tersebut mendapat pujian pengunjung.

Acara Burn Out,Zumba,Miss Sibu,Auto Show,Mr Fit dan pertandingan melukis bagi kanak-kanak masih dikekalkan seperti tahun sebelumnya.

Lan Solo, artis jemputan yang dibawa khas telah berjaya memukau penonton dengan persembahan lagu-lagu popularnya.

Hadiah Grand Prize cabutan bertuah iaitu sebuah motosikal Modens Kriss 110 telah dimenangi oleh pengunjung dari Brunei.

Penglibatan PDRM,RELA dan pelbagai agensi tempatan cukup mantap demi merealisasikan acara tahunan berjalan dengan lancar.

Penganjur juga mendapat penajaan dr Helmet Gracshaw Malaysia dan Voltbar.

Sementara itu Ghee Co Sdn Bhd, pengedar motosikal di Kucing tidak melepaskan peluang memperkenalkan model Suzuki Gixxer 250 dan Gixxer SF250.

Mereka juga telah mengadakan acara perasmian Kelab Motosikal Kawasaki di Sarawak.

Penganjur juga  turut menyampaikan sumbangan cek bernilai RM1,500 kepada Humanitarian Care Malaysia Berhad.

Galeri – SIBW 11 2023 

 
 
 
 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here