#TahukahAnda : Pandu kereta pada kelajuan 160kmj, ambil masa 99 hari tiba ke Bulan

104

Lebih daripada 140 misi dilancarkan ke Bulan, setiapnya dengan objektif, laluan dan masa perjalanan yang berbeza.

China melancarkan misi robotik Chang’e 6 pada 3 Mei lalu ke Bulan menggunakan roket Long Mac 5 yang berlepas dari Tapak Pelancaran Angkasa Wenchang, selatan China wilayah Hainan.

Jika semuanya berjalan mengikut perancangan, Chang’e 6 akan mendarat di Bulan dan mengambil sampel lalu pulang ke Bumi, sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.



BERAPA LAMA DIPERLUKAN KE BULAN DENGAN PANDU KERETA

Namun, pernahkah kita terfikir berapa lamakah masa diperlukan jika memandu ke Bulan?.

Pada jarak terdekat (perigee), Bulan dari bumi adalah 363,104km dan jarak paling jauh (apogee) yang dilaluinya adalah 405,696km. Jadi jarak purata bulan dari bumi adalah 384,400km.

Secara purata, jika anda memandu di laluan lurus pada kelajuan 160kmj, masa yang diambil sekitar 99 hari untuk tiba di Bulan. Sekiranya anda memandu pada kelajuan malar 96kmj pula memerlukan masa kira-kira 166 hari.

Jika anda bergerak lebih perlahan sekitar 6kmj akan mengambil masa 2,669 hari atau kira-kira 7.3 tahun.

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk misi kru dan robot?

Misi Apollo 10

Purata masa misi ke Bulan adalah kira-kira tiga hari, tetapi bergantung pada laluan, sistem pendorong, profil misi, sama ada membawa kru atau tidak serta mendarat, mengorbit atau terbang.

Misi anak kapal cenderung mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke Bulan. Misi Apollo terpantas (Apollo 8) mengambil masa 69 jam dan 8 minit manakala paling perlahan (Apollo 17) mengambil masa 86 jam dan 14 minit.

Sebelum tahun 1980-an, trajektori biasa untuk tiba ke Bulan dipanggil pemindahan terus. Ia lebih laju tetapi menggunakan lebih banyak bahan api.

Pada Jun 1969, Apollo 11 mengambil masa 4 hari, 6 jam dan 45 minit, manakala Artemis 1 mengambil masa lima hari untuk sampai ke Bulan pada 2022.

Apollo 10 dengan kru masih memegang rekod kelajuan terpantas yang pernah dilalui manusia iaitu 39,897kmj (11.08km per saat) ketika meroket kembali ke Bumi pada 26 Mei 1969 .

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here