Isuzu D-Max 2024: Varian X-Terrain tampil lebih garang dan sporty

438

Isuzu Malaysia Sdn Bhd melancarkan trak pikad versi yang dipertingkatkan menerusi model Isuzu D-Max 2024 untuk pasaran tempatan.

Pembaharuan yang dilakukan terhadap D-Max generasi ketiga itu membabitkan reka bentuk, teknologi lebih baik serta pengendalian off-road yang mengagumkan.

D-Max 2024 ini menjanjikan lebih nilai kepada bakal pemiliknya, selain menjadikan sebuah trak pikap yang berbaloi untuk dimiliki.



Apa yang baharunya dengan Isuzu D-Max X-Terrain 2024 ini

Luaran garang dan sporty

Dari segi dimensi, ia masih lagi sama dengan D-Max generasi ketiga sebelum ini. Namun pembaharuan boleh dilihat secara lebih jelas pada ‘muka’ hadapannya membabitkan:

  • Bonet rekaan baharu 
  • Perumahan lampu rekaan baharu, lampu siang LED turut menjadi lampu selekoh. 
  • Jeriji hadapan ‘honeycomb’ rekaan baharu
  • Bampar bawah dengan kemasan perak
  • Perumah lampu kabus dengan kemasan baharu yang mempunyai lubang laluan angin melalui gerbang roda

Selain nampak garang pada hadapan, bahagian sisi turut menerima pembaharuan terutama rekaan rim 18 baharu dengan balutan tayar All Terrain 265/60R18. 

Sentuhan warna kelabu gelap pada roof rail, pemijak kaki, dan pemegan pintu untuk memberi kontras serta tampak sporty.

Belakang datang dengan rekaan lampu LED baharu untuk mengapitkan pintu kargo bentuk baharu yang kini mempunyai lubang kunci untuk memberi keselamatan tambahan.

Kabin yang kemas dengan sentuhan teknologi baharu

Ketika masuk ke ruang kabin, penumpang akan dialukan dengan kepingan perak tertera huruf X-Terrain pada bahagian bawah ruang pintu.

Panel pintu memiliki corak Miura iaitu rekaan klasik origami Jepun dengan menggunakan material lembut. 

Sistem infotaimen lebih besar bersaiz 10 inci yang boleh disambung Android Auto dan Apple Car Play menggunakan ciri tanpa wayar serta mempunyai paparan kamera 360 darjah.

Meter kluster juga hadir dengan Multi Infomation Display (MID) tujuh inci berwarna yang kelihatan lebih canggih.

Selain itu, ia dilengkapi lampu ambien dengan tujuh pilihan warna menarik untuk membuatkan ruang kabin lebih menarik.

Redah off-road lebih menyakinkan

Seperti model sebelum ini, ia masih menggunakan enjin yang sama iaitu 1.9 liter turbo atau 3.0 liter turbo dengan piawaian Euro 4.

Namun untuk Isuzu D-Max Double Cab 4X4 turut dilengkapi dengan ciri Rough Terrain, ia  ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke tayar yang mempunyai cengkaman untuk melepasi halangan ketika off-road.

Isuzu D-Max mempunyai pilihan mod 2H, 4H dan 4L dengan keupayaan mengharungi laluan berair sehingga 800 milimeter.

Sistem keselamatan lebih baik

Bagi versi 2024, D-Max dilengkapi kamera stereo generasi keempat dengan bukaan sudut pandangan daripada 40 kepada 120 darjah. Ia kini boleh mengesan objek lebih jelas dan tepat berbanding sebelum ini.

Selain itu, sistem teknologi ALLSIGHT dilengkapi dengan ciri tambahan baharu iaitu Rear Cross Traffic Brake yang membantu mengesan kenderaan ketika mengundur sebelum bertindak balas memberi amaran atau memberhentikan kenderaan.

Warna baharu

Kini D-Max 2024 hadir dengan pelbagai pilihan warna:

  • Namibu Orange (Warna Baharu)
  • Isley Grey
  • Onyx Black
  • Biarritz Blue
  • Dolomiye White Pearl
  • Mercury Silver
  • Splash White

Harga mengikut varian

  • Isuzu D-Max X-Terrain:RM157,938 
  • Isuzu D-Max Premium 3.0 L: RM141,138
  • Isuzu D-Max Premium 1.9 L: RM134,649
  • Isuzu D-Max Auto Plus 4×2: RM109,499
  • Isuzu D-Max Standard AT: RM116,999
  • Isuzu D-Max Standard MT: RM109,599
  • Isuzu D-Max Single Cab 3.0 L: RM105,888
  • Isuzu D-Max Single Cab 1.9 L: RM98,949

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here