CEO VW: Penutupan kilang, pembuangan pekerja tidak dapat dielakkan

379

Tidak dapat tidak, Volkswagen terpaksa berdepan dengan kemungkinan untuk menutup salah satu daripada kilang pengeluaran di Jerman, dan membuang sebahagian besar pekerja mereka.

CEO Volkswagen, Thomas Schaefer percaya langkah penyusunan dan penstrukturan semula itu bakal memakan masa tiga hingga empat tahun, dan ia tidak akan berlaku tanpa beberapa langkah pengurangan yang ketara.

“VW perlu mengurangkan kapasiti, dan menyesuaikan diri dengan realiti baharu,” ujarnya kepada penerbitan Jerman Welt am Sonntag.



Terdapat dua buah fasiliti di Jerman yang sedang dipertimbangkan untuk ditutup, salah satu daripadanya di Osnabruck yang bakal mengakhiri produksi Porsche 718 Cayman/Boxster pada tahun 2025.

Sebuah lagi fasiliti terletak di Dresden yang merupakan kilang volum rendah untuk menambah kapasiti pengeluaran ID.3 di Zwickau.

Volkswagen juga mungkin akan mengurangkan tenaga pekerja menerusi cara biasa atau pakej persaraan awal, namun mereka yang kekal termasuklah eksekutif dan ahli lembaga hampir pasti berdepan dengan pemotongan gaji.

Sepanjang sejarah 87 tahun, VW tidak pernah sekali pun menutup kilang di pasaran asalnya di Jerman.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here