Risiko kebakaran, Jaguar beli semula 2,760 EV I-PACE daripada pemilik

76

Masalah risiko kebakaran yang semakin meruncing menyebabkan Jaguar terpaksa mengambil langkah drastik dengan membeli semula 2,760 buah EV I-PACE yang dijual di pasaran Amerika Syarikat.

Menurut laporan, masalah tersebut dikatakan berpunca daripada sistem bateri menjadi terlalu panas dan berpotensi untuk terbakar, di mana isu ini telah menjadi masalah utama I-Pace sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Biarpun Jaguar telah mengumumkan kempen panggil semula, data terbaharu menunjukkan beberapa model tahun 2019 yang telah menerima kemas kini perisian masih lagi berdepan dengan masalah beban haba berlebihan.



Pada Ogos lalu, Jaguar memberitahu para pemilik supaya meletakkan kereta di luar jauh dari bangunan, dan mengumumkan kemas kini yang mengehadkan pengecasan bateri sehingga 80 peratus sahaja.

Dengan langkah pembelian semula yang diumumkan oleh Jaguar, ia secara tidak langsung dapat memberikan lebih ketenangan minda kepada para pemilik I-Pace sedia ada.

Jaguar baru-baru ini memperlihatkan konsep identiti dan logo baharu sebagai persediaan untuk menjadi sebuah jenama elektrik sepenuh masa bagi melawan pesaing segmen premium seperti Bentley dan Porsche.

Sayang sekali, pengenalan logo dan identiti baharu Jaguar itu dikritik keras oleh netizen kerana pengeluar itu didakwa cuba memadamkan identiti warisan bersejarah jenama yang berusia 100 tahun itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here