KLIMS: Honda Prelude di Malaysia – Pertama untuk Asia di luar Jepun!

93

Honda membawakan sesuatu yang istimewa untuk pengamal media dan pengunjung acara Kuala Lumpur International Mobility Show2024 (KLIMS 2024), iaitu Prelude. Menariknya, kehadiran coupe sports itu ialah yang pertama di Asia untuk luar Jepun.

Seperti Prelude generasi-generasi sebelumnya, ia hadir dengan silhouette coupe sporti, tetapi untuk konsep baharu ini, ia mendapat lampu depan LED yang nipis dengan gril minimalis. Ini memberikan Prelude ini satu rupa yang tajam dan dinamik.

Honda

Bumbungnya pula adalah jenis kaca. Ini direka untuk meningkatkan rupa Prelude ini selain memberikan rasa dalaman lebih lapang.

Bercakap mengenai dalaman, buat masa ini unit yang dipamerkan telah digelapkan cerminnya, maka kita tidak dapat mengintai ke dalam kabin.

Prelude dijangka dilengkapi dengan teknologi Honda Sensing dan sistem hibrid e:HEV seperti yang terdapat pada City, Civic, dan CR-V. Ini bermakna berkemungkinan besar Honda Prelude baharu ini tidak akan mendapat pilihan transmisi manual.

Turut membuat kemunculan baharu di reruai Honda ialah e:N1, iaitu HR-V versi elektrik.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here