UMW Toyota jual 108,107 unit pada 2023, naik tujuh peratus berbanding tahun sebelumnya

168

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengakhiri tahun 2023 dengan pencapaian yang memberangsangkan, dengan jualan pada Disember 2023 berterusan pada arah aliran positif, mencapai jumlah jualan bulanan sebanyak 10,402 unit (Toyota + Lexus).

Dengan pengiraan itu, jumlah jualan tahun sehingga Disember 2023 berjumlah 108,107 unit berbanding jualan terkumpul pada 2022 iaitu 101,035 unit dengan kenaikan 7 peratus.

Selain itu, UMWT merekodkan 1,342,130 pelanggan kembali untuk perkhidmatan selepas jualan pada 2023, mempamerkan komitmen terhadap kepuasan dan kecekapan pelanggan dalam penjagaan automotif.



Presiden UMWT Datuk Ravindran Kurusamy berkata, akhir tahun ini, UMWT memperbaharui komitmennya untuk ‘Move Your World. 

“Kami meneruskan usaha untuk menawarkan pengalaman mobiliti yang diperkaya melalui kereta dan meluaskan akses kepada pemilikan untuk bakal pelanggan. 

“Komitmen kami untuk mencapai kecemerlangan dan memupuk inovasi dalam industri automotif kekal tidak berbelah bahagi, memastikan tawaran terbaik untuk pemandu dan pihak berkepentingan kami,” katanya.

Selain itu Ravindran berkata, pihaknya sentiasa mengutamakan mengekalkan standard dan kualiti tertinggi dalam kenderaannya, ditambah dengan mengukuhkan kepuasan pelanggan.

Menurutnya, pada 2024, tumpuannya adalah pada memperkenalkan lebih banyak model, terutamanya dengan penekanan pada xEV teknologi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here