SCOOTER MEMBERS 2024 Hub Ke 2 Perhimpunan Skuter Di Pantai Timur

119

Scooter Members 2024 yang julung kalinya bakal diadakan di Kemaman akan menjadi hub ke 2 di Pantai Timur dalam mengumpulkan pemilik dan peminat skuter dari seluruh Malaysia. 

Penganjuran bersama HAYR NZ Enterprise dan Faster Energy Kemaman merupakan muka baru dalam penganjuran acara permotoran.

Mazlan Yusoff Penasihat Event

Mereka ingin melakar sejarah di tanah kelahiran dengan mencuba bidang yang bukan menjadi sumber hakiki. Lokasi Waterfront,Kemaman menjadi lokasi pilihan untuk acara tersebut.

Lokasi berkenaan merupakan lokasi strategik bagi penduduk tempatan. Waterfront Kemaman merupakam lokasi tumpuan untuk beriadah bersama keluarga dihujung minggu serta mempunyai kemudahan fasiliti bagi kegunaan pengunjung.

Majlis pelancaran Scooter Members 2024 telah diadakan dan sempurnakan oleh En Mazlan Yusoff wakil Majlis Perbandaran Kemaman baru-baru ini.

Beliau selaku penasihat acara Scooters Members 2024 menyatakan, selain dari acara Scooter Members dalam masa yang sama turut diadakan Festival Makanan Terengganu. Kedua acara berkenaan berjalan serentak dan di lokasi yang sama.

Kami memberi keutamaan kepada peniaga-peniaga makanan tempatan yang berkonsepkan makanan Tradisi untuk memperagakan makanan masing-masing sepanjang acara berlangsung. 

Jadi kepada pengunjung acara Scooter Members 2024 tidak akan ada masaalah untuk mendapatkan makanan serta minuman sewaktu berada di tapak acara.



Inisiatif agar Festival Makanan Terengganu ini seiringan dengan acara Scooter Members 2024 bertujuan mendedahkan kepada pengunjung menikmati makanan tradisi yang sedia ada di Terengganu khususnya di Kemaman.

Menyentuh berkenaan ‘Yuran Paling Termurah’.Menurut Mazlan,yuran pendaftaran paling termurah ‘RM 5″ dan diberikan beg goodies kepada pengunjung yang mendaftar. Setiap pengunjung yang mendaftar layak untuk menyertai acara cabutan bertuah.

Yuran termurah dikenakan kepada pengunjung setelah mengambil kira dari pelbagai aspek. Langkah menjimatkan kos yang terpaksa dikeluarkan oleh pengunjung menjadi keutamaan disamping mengamit kunjungan semaksima yang boleh.

Kami terpaksa juga memikirkan penduduk tempatan yang sememangnya ketandusan hiburan khususnya didalam acara permotoran yang jarang diadakan di bandar Kemaman.

RM 5 adalah satu yuran pendaftaran yang tidak membebankan go;longan muda apatah lagi acara Scooter members 2024 diadakan pada bulan April merupakan tarikh yang sinonim dengan beberapa peristiwa iaitu selepas Aidilfitri dan tamatnya peperiksaan SPM.

Acara Scooter Members juga bukan hanya semata-mata khusus kepada Skuter sahaja,malah ianya terbuka kepada semua jenis motosikal.

Tiada sebarang isu perbezaan di acara berkenaan.Kami ingin mendedahkan kepada penduduk tempatan melihat secara dekat pelbagai jenis motosikal yang ada di negara kita.

Skuter Zontes 350,Skuter Modenas Karisma 125,Beg Motosikal GIVI,minyak enjin jenama Totachi,helmet,barangan letrik dan hamper.Itu adalah senarai hadiah cabutan bertuah yang bakal dibawa pulang oleh pengunjung yang bernasib baik.

Kepada pengunjung yang berjaya mendapat hadiah Skuter Zontes 350 dan skuter Modenas Karisma 125,pihakTotachi telah menawarkan kedua buah skuter berkenaan untuk di ‘rapping’ secara percuma mengikut desain Totachi serta 2 tahun minyak enjin diberi secara percuma.

 Acara yang julung kali diadakan ini dijangka menarik lebih 5 ribu pengunjung baik dari luar mahupun penduduk tempatan.Acara ini juga mendapat kerjasama dari PDRM,KKM Daerah Kemaman,APM Kemaman dan RELA.

Pengunjung luar khususnya pasti tidak melepaskan peluang untuk menikmati makanan tradisi seperti Sata.Otak-Otak,Keropok Lekor. 

Tidak dilupakan minuman yang menjadi tarikan serta buah mulut mereka yang pernah berkunjung ke Kemaman iaitu Kopi- hai Peng,demikian luahan Mazlan sewaktu mengakhiri temubual dengan wakil media sewaktu pelancaran Scooter Members 2024.

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here