Kemuka dokumen palsu beli Proton X50 & BMW 528i, ejen hartanah direman

680

Dua ejen hartanah direman tujuh hari bermula Selasa selepas disyaki mengemukakan dokumen palsu kepada pihak bank bagi pembelian dua buah kenderaan antara 2022 hingga 2023.

Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki berusia 40-an itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Saqinah Rosli di Mahkamah Majistret Seremban selepas permohonan dibuat oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, Zainab Yahaya pada Selasa.

Gambar hiasan

Menurut sumber, suspek pertama ditahan kira-kira jam 12.15 tengah hari ketika hadir di Pejabat SPRM Johor pada Isnin.



Suspek tersebut ditahan kerana disyaki mengemukakan dokumen iaitu Borang Permohonan Pinjaman Pembiayaan Kenderaan yang mengandungi butir matan palsu kepada pihak bank bagi pembelian dua buah kenderaan iaitu Proton X50 Flagship dan BMW 528i.

Seorang lagi suspek ditahan di Chemor, Perak pada jam 1.30 petang, hari sama bagi membantu siasatan mengemukakan dokumen palsu ini.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap kedua-dua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here