Nasib SA paksa ambil Perils Khas, Proton X50 ditenggelami banjir selepas sejam keluar pusat jualan

126

Seorang pengguna Facebook berkongsi SUV pelanggan, Proton X50 ditenggelami air selepas  kurang  sejam diterima dalam kejadian banjir kilat di Puchong pada Sabtu.

Menerusi hantaran yang dikongsi, Azhazul Azri, adiknya yang merupakan jurujual mengambil gambar pemilik dengan kereta pada jam 5 petang dan sejam kemudian X50 itu terlibat dalam kejadian banjir. 



“Banjir adalah risiko yang kita tak boleh kawal. Masuk mall cuaca panas. Pergi makan pergi solat, keluar mall kereta dah tenggelam.
 
“Kalau terendam banjir kereta canggih-canggih ni, sepuluh ribu RM tak cukup nak restore,” tulisnya semalam.
 
Bagaimanapun, Azhazul berkata berasa lega apabila X50 tersebut dilindungi perils khas. 
 
“Mujur adik saya paksa customer (kawan dia) tambah cover special perils.
 
“Kami ejen ini cadang tambah cover special perils ni bukan sebab nak untung lebih. Untung kami sepuluh ringgit saja kadang.
 
“Tapi kami nak peace of mind. Kita tahu kereta customer ada cover. Bila tenggelam begini, kita tak ralat sebab insurans cover,” kongsinya. 
 

Hujung minggu lalu, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dilanda banjir kilat setinggi 0.6 meter susulan hujan lebat melanda Lembah Klang petang semalam menyebabkan ratusan pengguna lebuh raya terkandas.

Apakah insurans Perils Khas?

Gambar hiasan

Perlindungan perils khas ialah perlindungan tambahan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh, tanah mendap dan pokok tumbang.

Perlindungan ini dapat membantu pemilik mendapatkan pampasan atas kerosakan kenderaan akibat bencana alam. Kebiasaaannya, premium bagi perlindungan ini ialah 0.5 peratus daripada jumlah diinsuranskan.

Namun, ia berbeza mengikut pengendali takaful dan insurans. Misalnya, kadar premium x jumlah perlindungan kereta :

  • Etiqa Takaful (Banjir dan ribut) : 0.27%
  • Etiqa Takaful (Banjir, taufan, ribut, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, gelinciran tanah, penenggelaman atau penenggelaman tanah/bumi atau gegaran alam lain) : 0.50%
  • Allianz Malaysia (Banjir, taufan, ribut, tanah runtuh atau gegaran alam semula jadi yang lain) : 0.25 %

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here