“Elaun tebal, duit habis baiki motor,” guru Pos Balar

589

“Ramai kata seronoklah elaun banyak sedangkan elaun RM1,500 yang kami terima banyak habis baiki motosikal yang diguna untuk berulang-alik,” luah seorang guru pedalaman yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Gua Musang, Kelantan.

Perkara itu dikongsi akaun TikTok Ben Zaid, bagi menjelaskan komen netizen berkaitan elaun yang diterima guru pedalaman berkenaan.



Jelasnya, motosikal yang digunakan mereka untuk berulang-alik ke sekolah melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi setiap minggu.

“Aku beri tahulah elaun kami sekolah di sini ialah sebanyak RM1,500, banyakkan?. Nampak macam banyak. RM1,500 belum lagi tolak cukai. Bila dah tolak cukai tak dapat fullpun sebenarnya.

“Dalam Kelantan ini ada tiga buah sekolah sahaja yang dapat elaun paling tinggi iaitu RM1,500. Tiga sekolah ini kategori paling jauh. 

“Maintainance motor, motor kami ini memang nak kena diselenggara dengan kerap sebab kita lalu jalan keadaan bentuk muka bumi yang ekstrem kat sini. Korang bayangkanlah brek pad dan lining brek kami tukar seminggu sekali.

“Bearing motor,  ‘sprocket’ kadang-kadang pakai dua tiga minggu dah pecah. Belum lagi spare ports yang lain. Pendek kata orang kata yang ada elaun besar, habis kat situ ajelah,” kongsinya menerusi video 6 minit tersebut. 

Ben Zaid turut menyatakan bagi guru perempuan yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk ulang alik ke Pos Balar melibatkan kos berbeza.

@cikguoffroad

Replying to @panorama.pagi Kongsi cerita pasal elaun guru di pedalaman.#cikgu #cikguoffroad #gurupedalaman #cikgupedalaman #sekolahorangasli #elaunsarahidup #gajiguru #gajicikgu #rezekiallahberi #rezekituhan #pendidik #inspirasi #motivasi #ex5malaysia

♬ Berita Kepada Kawan – jihan witta

Tambahnya, kenderaan 4×4 sewa bagi perjalanan sehala adalah sekitar RM500 mengikut musim. 

“Sekarang kalau musim tengkujuh musim hujan macam sekarang boleh pergi RM700-RM800 sehala,” jelasnya. 

Selain cabaran sedemikian, guru sekolah pedalaman juga berdepan dengan ancaman binatang. 

“Perjalanan kami boleh diibaratkan seperti 50-50, boleh kata nyawa di hujung tanduk. Dengan keadaan bentuk muka buminya, kiri kanan gaung dalam dan ancaman binatang buas.

“Nyawa dengan duit jauh beza. Sebab kita dah kerja sini, ulang-alik tiap minggu sini. Semua bertarung nyawa lagi-lagi guru di Sabah dan Sarawak.

“Sebenarnya bukan dunia yang keras, kita yang kena keras,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here