Jadi rebutan! 5 fakta ringkas kenapa BMW M1 AHG Studie milik Paul Walker dijual lebih RM2.86 juta

859

BMW M1 AHG Studie yang pernah dimiliki pelakon, Paul Walker dijual pada harga USD648,500 (RM2.86 juta) pada lelongan di Miami baru-baru ini.

Harga itu hampir USD100,000 (RM442,050) lebih daripada jangkaan anggaran pra-lelongan. Pada tahun 2011, ia dibeli oleh pengumpul terkenal Don Davis dan tidak lama selepas itu, ia dimiliki oleh Koleksi AE Paul Walker dan Roger Rodas, yang kedua-duanya terbunuh dalam nahas tragis pada tahun 2013.

Kenapa jentera itu mahal? 

  1. Selain bekas pemiliknya adalah Paul, jentera itu mempunyai gaya Procar atau dalam bahasa mudah sebuah jentera lumba Touring untuk perlumbaan di Jerman.  

2. Menerima suspensi perlumbaan boleh laras dan rim ‘three-piece’ BBS 16 inci dengan lebar lapan inci di hadapan serta sembilan inci di belakang.



3. Prestasi enjin itu dinaikkan kepada 350hp dan dipadankan dengan klac perlumbaan khas serta sistem ekzos baharu.

4. Hanya sepuluh dipercayai dibina oleh pengedar BMW Jerman AHG dan setiap satunya dilengkapi liveri yang unik.

5. Biarpun sudah berumur 42 tahun, ia baru sahaja dipandu 6,821 kilometer. Ia juga sesuai jadi koleksi, selain harganya boleh dijual balik lebih mahal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here