APMM masih cari kotak hitam dalam insiden helikopter terhempas

86

Pencarian kotak hitam helikopter jenis AW 139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang terhempas berhampiran Pulau Angsa, Klang, 5 Mac lalu masih berjalan.

Ketua Pengarah Laksamana Maritim, Datuk Hamid Mohd Amin berkata, siasatan lanjut juga masih diteruskan bagi mengenalpasti punca insiden itu, namun kesemua anak kapal dan juruterbang pesawat itu sudah kembali bertugas.

“Memang kita cari kotak hitam itu. Apabila kita ready, kita akan dedah laporan (kemalangan itu),” katanya.



Helikopter berkenaan dilaporkan terhempas di perairan Pulau Angsa pada jam 9.55 pagi, 5 Mac ketika melakukan latihan menyelamat.

Maklumat awal diterima menerusi panggilan Mers 999 oleh pemancing yang berada di sekitar lokasi kejadian.

Pesawat berkenaan kemudian berjaya dibawa naik pada 12.16 tengah malam, 6 Mac.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here