Helikopter dinaiki Anwar semasa PRU15, rupanya milik seorang jutawan

1410

Helikopter yang dinaiki oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, dimiliki seorang jutawan berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Jutawan tersebut yang juga pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS), Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim meminjamkan salah satu helikopternya bagi memudahkan urusan Anwar untuk berkempen ke serata pelosok negara.



Di dalam satu ciapan yang di muatnaik oleh akaun Twitter @faktabukanauta itu meraih perhatian netizen apabila Syed Azman dikhabarkan memiliki empat jet dan lebih 40 biji helikopter.

Di ruangan komen, orang ramai yang berasal dari Sungai Petani dan yang bekerja di syarikatnya, memuji Syed Azman kerana sikapnya yang sangat merendah diri walaupun bergelar jutawan.

“Tan Sri biasa balik Sungai Petani naik bas ekspres biasa sahaja dari Kuala Lumpur. Orang Sungai Petani kenallah, merendah diri sungguh dia ini,” tulis seorang netizen.

“Tan Sri bukan seperti bilionair kaya yang lain. Dia sangat merendah diri dan mudah didekati. Pernah bertemu beberapa kali ketika dia turun ke pangkalan kami.

“Dia mendengar aduan dan cadangan kakitangannya serta bertindak dengan segera. Saya bersyukur menjadi sebahagian daripada syarikat ini,” ciap seorang netizen, dipercayai seorang pekerja kepada Syed Azman.

Menurut Forbes, tahun ini Syed Azman menduduki tangga ke-27, dengan nilai bersih pendapatan berjumlah USD650 juta (RM2.85 bilion).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here