Presiden Chevy pecah rahsia syarikat servis 11,000 Tesla tahun lalu

684

Presiden General Motors (GM), Mark Reuss baru-baru ini mendedahkan pihaknya membaiki lebih daripada 11,000 Tesla sepanjang tahun lalu. 

Presiden syarikat itu mengakui ia adalah ‘perniagaan yang sedang berkembang’. Mengapakah pemilik Tesla beralih kepada pengeluar kenderaan Chevrolet tersebut bahkan pesaing kenderaan elektrik berkenaan. 



Pertama ialah rangkaian pusat servis Tesla yang agak kecil. Ini kerana majoriti servis Tesla dijalankan oleh kumpulan flit baikpulih bergerak tetapi kenderaan yang memerlukan servis signifikan perlu diangkut ratusan kilometer ke pusat servis.

Selain itu, pelanggan perlu menetapkan temujanji lebih awal di samping kos penyelenggaraan yang mahal. 

Sebagai perbandingan, GM mempunyai beribu-ribu pengedar dan pusat servis di seluruh Amerika Syarikat, sehinggakan kira-kira 90 peratus penduduknya tinggal dalam jarak pemanduan 16km dari pengedar GM.

Kelley Blue Book menyatakan mekanik GM mengetahui cara baikpulih kenderaan Tesla. Selain itu, wujudnya sebuah syarikat kejuruteraan yang membongkar sepenuhnya kenderaan baharu dan menjual maklumat kenderaan kepada jenama pesaing.

Masih belum jelas bagaimana GM berjaya mengakses alat ganti dari Tesla tetapi Kelley Blue Book menyatakan pendedahan Reuss itu boleh mendorong Tesla mengawal pengedaran alat ganti.

Ini bakal menyukarkan GM dan bengkel servis bukan Tesla yang lain untuk mengakses alat ganti tulen. Bagaimanapun, situasi sudah pasti akan mengecewakan pemilik Tesla yang bergantung pada GM dan bengkel servis tidak sah. 

Reuss menambah bahawa kejayaan servis GM telah mendorong Tesla untuk mula melabur dalam lebih banyak pusat servis sendiri.

Baca juga >> Cara selamat simpan kunci kereta, pemilik Tesla ini implan cip pada tangan

Baca juga >> Porsche Taycan Turbo S pecah rekod Tesla Model S Plaid di litar Nürburgrin

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here