Baru guna 4-bulan, pemilik jual Toyota Veloz dengan perbatuan 4,500km

10876
Jangan tergesa-gesa dalam membuat keputusan membeli kenderaan baharu, ambillah masa untuk membuat kajian tentang kenderaan tersebut dan pandu uji. 
 
Cubalah seberapa banyak anda mahu dengan mengunjungi pusat jualan berbeza dan mintalah laluan lebih jauh bagi sesi pandu uji. Bukan sekadar bergantung kepada ulasan Youtuber. Ini kerana setiap individu memiliki ‘feel’ dan keperluan yang berbeza. 
 
 
Seorang pemilik Toyota Veloz berkongsi rasa kecewa dan kesal membeli MPV tersebut di grup Facebook Toyota Veloz Fans Malaysia (TVFM). 
 
Jelas pemuda berkenaan dia membayar RM105,000 bagi Veloz 1.5 berwarna hitam itu yang didatangkan dengan aksesori aerokit  bersama waranti lima tahun. 
 
Katanya, sepanjang menggunakan kenderaan tersebut selama empat bulan pelbagai masalah dihadapi. Dalam tempoh berkenaan, pemilik menyatakan sudah membuat tuntutan berkaitan komponen rek stereng. 
 
Alasan ingin melepaskan Veloz berkenaan kerana meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi pada jenama tersebut. 
 
“Sama rasa saya menyesal, maybe sebelum ni put too high expectations on Toyota okla, hanya not up to my expectations kot.
 
“Ia masih kereta yang bagus, mungkin sebab beberapa isu yang saya tak boleh terima dan sesuaikan diri daripada jenama H lama kot,” jelasnya yang merupakan pengguna Honda HR-V sebelumnya.

CIRI PERALATAN 

Lebih membuatnya kecewa adalah perkhidmatan pelanggan jenama itu yang tidak memuaskan. 
 
“Ada test, tapi tak details, ingat can ignore, tapi with how Toyota’s replied, memang menyedihkan…. semua customer fault sekarang,” jawabnya di ruangan komen hantaran.
 
Bagaimanapun, dia mengakui tiada isu tentang kelajuan dan kecekapan bahan api MPV itu memandangkan kenderaan itu digunakan sekitar Kuala Lumpur.
 
“Even P ada features yg T takde, adalah plus minus sikit. Tapi tak sangka Toyota removed
those basic features even P ada je…
 
“Contoh, tiada AC Feet Blower, BSM hanya blinking (takde beeping), AC 25°C tapi macam 18°C (tak effect car performance ke), screen senget ke penumpang (bukan ke pemandu), mainly sebab i rasa this is reuse Philippines spec (yang Driver sebelah kanan) and few more,” tulisnya.

SENARAI MASALAH DIHADAPI SELAMA 4-BULAN

Pemilik turut berkongsi dengan Motoqar beberapa masalah yang dihadapi misalnya penjajaran tayar (lebih ke kiri), kerusi barisan kedua sebelah kiri yang tidak boleh dilipat penuh susulan masalah punat dan gejala bunyi dari suspensi belakang apabila melalui bonggol terutamanya muatan penuh. 
 
MPV itu turut berdepan dengan masalah teknikal yang lain misalnya indikator Sonar Sensor Function Stop yang sering muncul pada skrin meter, lampu nyala siang (DRL) yang tidak berfungsi terutamanya ketika lampu utama dihidupkan dan pemasangan kamera belakang yang tertangguh serta rakaman kamera depan kebiruan (kemungkinan kerana cermin gelap).
 

“Gejala bunyi turut berlaku pada bahagian glove box, pemegang nombor plat belakang dan stereng ketika bergerak dari pegun,” kongsinya menambah MPV itu telahpun mendapat pemilik baharu.

Susulan perkongsian itu, beberapa pengguna turut berkongsi kekesalan membeli model berkenaan dan melepaskan kenderaan yang lama.



Manakala, ada antara pemilik yang menyatakan cukup berpuas hati dengan prestasi dan kecekapan bahan api MPV tersebut. 
 
 
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here