Utama Berita Automotif Tol percuma 8 dan 9 April ini sempena Aidilfitri

Tol percuma 8 dan 9 April ini sempena Aidilfitri

175
Pengguna lebuh raya melibatkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
 
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Februari lalu bersetuju dengan perkara itu bagi meraikan rakyat Malaysia terutama masyarakat Islam.
 
“Pendekatan pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup. 
 
“Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di kesemua lebuhraya yang bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 April 2024 (Isnin) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 April 2024 (Selasa) yang mana Kerajaan perlu memperuntukkan bayaran pampasan dengan anggaran berjumlah RM37.60 juta.
 
“Pengecualian tol akan diberikan di semua plaza tol, kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim,” katanya. 
 
Jumlah kenderaan dijangka akan meningkat di semua jaringan lebuhraya susulan pelaksanaan pemberian tol percuma itu. 
 
Justeru itu, pengguna lebuhraya Utara Selatan (PLUS) digalakkan untuk merancang perjalanan dengan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan (TTA) dengan memuat turun aplikasi MyPLUS-TTA.
 
“Menerusi aplikasi ini, pengguna lebuh raya dapat memilih waktu perjalanan berdasarkan plaza tol masuk dan plaza tol keluar dan memilih waktu perjalanan yang bersesuaian,” katanya.

AKTIFKAN SMART LANE

Dalam pada itu, Alexander berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 18 lokasi di Lebuhraya PLUS yang melibatkan lokasi kesesakan kritikal untuk menambah kapasiti dan melancarkan aliran trafik.
 
Katanya, bilangan ini termasuk tiga lokasi baharu berbanding 15 lokasi yang dilaksanakan Smart Lane semasa perayaan Tahun Baru Cina pada Februari yang lalu.
 
Beliau berkata, terdapat penambahbaikan dalam pelaksanaan lorong Smart Lane iaitu:

  1. Pemasangan papan tanda peringatan pengaktifan Smart Lane di setiap sela 500 meter
  2. Pemasangan papan tanda amaran 200 meter sebelum Smart Lane bermula dan berakhir
  3. Pemasangan lampu indikasi smart lane (blinking light) setiap 1 km
  4. Paparan Mesej Elektronik/Variable Message System (VMS) mudah alih untuk memaklumkan pengguna mengenai pengaktifan/ penamatan operasi Smart Lane


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here