Seksyen 11 WCE dibuka tengah malam ini, tol percuma 2-bulan

220

Pemandu kenderaan yang melalui plaza tol Laluan Seksyen 11, Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Beruas, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) tidak perlu membayar tol selama dua bulan bermula jam 12.01 tengah malam ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tol percuma diberikan kepada pengguna yang memasuki lebuh raya itu dari Plaza Tol Taiping Selatan, Plaza Tol Trong dan Plaza Tol Beruas di kedua-dua arah hingga 11 Mei depan.



“Terima kasih kepada pihak konsesi dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kerana bersetuju supaya tol diberi secara percuma selama dua bulan di laluan yang difahamkan menelan belanja sebanyak RM422 juta ini.

“Pembukaan ini tepat pada masanya memandangkan kita akan menyambut Ramadan esok dan Aidilfitri tidak lama lagi, tentunya laluan ini memberikan alternatif yang dinantikan. Kadar tol yang dikenakan selepas ini ialah 16 sen bagi 1km,” katanya.

Beliau berkata, bagi pengguna yang memasuki WCE dari plaza tol yang dibuka sebelum ini seperti Plaza Tol Lekir, Sitiawan, Sitiawan Utara dan Changkat Cermin, nilai kadar tol bagi jajaran berkenaan akan dikenakan seperti biasa.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here