
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan pilihan warna baharu bagi model MT-15 ke pasaran tempatan.
Naked bike itu kini ditawarkan dengan warna Ice Storm di samping pilihan sedia ada Midnight Black.
Bakal berada di pusat jualan sah Yamaha esok (8 April), harga cadangan MT-15 adalah RM12,498, naik RM200 berbanding sebelumnya.
Yamaha MT-15 dijana oleh enjin 155cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api, berkuasa 19.3hp @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm yang dipadankan dengan transmisi klac 6-kelajuan manual.