Anda kini boleh masuk dan lawat KTM Factory Racing di Austria

9

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, KTM kini berdepan dengan masalah produksi yang tergendala serta pentrukturan semula operasi yang masih lagi berjalan sehingga kini.

Namun, keadaan tersebut bukanlah penghalang bagi mereka untuk terus membuka pintu kepada orang ramai untuk melawat kilang KTM Factory Racing yang terletak di Mattighofen, Austria.

Fasiliti KTM Motohall tersebut terbuka untuk mereka yang ingin mempelajari sejarah teknologi dan pembangunan KTM, selain melihat dengan lebih dekat di sebalik tabir penglibatan KTM di dalam sukan permotoran.

Pengunjung juga akan dihidangkan dengan sajian istimewa di restoran bertemakan garaj pada waktu tengah hari, sebelum dibawa melawat ke jabatan sukan permotoran di Munderfing.

Terdapat dua sesi dibuka pada tahun ini, di mana sesi pertama pada 4 Jun sudah pun habis ditempah.

Namun begitu, anda boleh mencuba nasib untuk menyertai sesi kedua pada 16 Julai nanti.

Setiap pembelian tiket melayakkan pengunjung untuk menerima diskaun 15 peratus di KTM Motohall Shop, pakej makan tengah hari di restoran bertema serta buku KTM Brandbook berkualiti tinggi setebal 300 muka surat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here