
Seorang lelaki warga Perancis mungkin sekali memegang rekod paling lama memandu tanpa lesen memandu sah selama 28 tahun.
Lelaki tersebut ditahan sewaktu sekatan jalan raya yang dibuat di Rhone, Perancis pada minggu lepas.
Setelah diperiksa, pihak polis mendapati lelaki tersebut memandu kenderaan yang tidak mempunyai insurans, dan lesen memandunya telah dibatalkan sejak tahun 1997!
Lelaki itu memberitahu, lesen memandunya dibatalkan lebih 28 tahun yang lalu akibat memandu dibawah pengaruh alkohol.
“Pemeriksaan pada mulanya mendapati kenderaan tersebut tidak dilindungi insurans.
“Lebih mengejutkan selepas lesen memandu disemak, lelaki tersebut telah memandu tanpa lesen sah sejak tahun 1997,” ujar polis.