e-Schwalbe 1st Edition ini diinspirasikan daripada skuter retro 1960-an

12

Simson Schwalbe KR51 dihasilkan pada tahun 1960-an, dan ia merupakan jawapan Jerman untuk menangani populariti Vespa buatan Itali.

Dengan enjin dua lejang, skuter ini berjaya dijual sebanyak lebih satu juta unit sebelum produksi dihentikan pada pertengahan 80-an.

Untuk mereka yang mahu menikmati nostalgia skuter klasik itu boleh mendapatkan e-Schwalbe 1st Edition.

Ia dibina oleh syarikat EV Jerman, Govecs yang telah mendapat lesen rasmi daripada jenama Schwalbe.

Tidak seperti skuter yang asal, e-Schawlbe ini merupakan skuter elektrik dengan kuasa menyamai skuter sesaran 50 cc dan kelajuan maksimum 45 km/j sahaja.

Terdapat pilihan untuk memadankan pek bateri lithium-ion tunggal dengan jarak gerak sejauh 50 km, atau pek bateri berkembar untuk jarak tunggangan sejauh 100 km.

Tempoh pengecasan penuh pula memakan masa lima jam, atau sehingga 8.5 jam untuk versi dua bateri.

Skuter elektrik ini dilengkapi dengan unit lampu LED, sistem brek cakera depan belakang, rim 16 inci, sistem brek regeneratif, serta pelana setinggi 840 mm dan ruang storan sebesar lima liter.

Skrin paparan TFT sebesar lima inci itu menawarkan antaramuka yang ringkas dan mudah untuk dibaca.

Harga jualan di Eropah bermula dari €7,999 (RM38,464).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here