Toyota Alphard berhenti lorong kanan cari nombor plat lorong kanan, Mitsubishi Lancer remuk

476

Sebuah Toyota Alphard yang berhenti di lorong kanan jalan gara-gara ingin mencari nombor plat menyebabkan sebuah Mitsubishi Lancer rosak teruk di bahagian depan akibat perlanggaran.

Pemandu Lancer, @Ashrulizhann, berkongsi di TikTok dia tidak sempat membrek atau mengelak kerana tayar kenderaannya terkunci ketika sedang menuruni lebuh raya.

“Kereta meluncur ke depan sebab tengah turun ‘highway’. Kalau nak elak pun kena tambah ‘speed’ untuk potong kereta sebelah. Lagi bahaya, takut libatkan dua ke tiga kereta,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Walaupun ada yang menyalahkan pemandu Lancer itu kerana melanggar belakang MPV tersebut, @Ashrulizhann kemudiannya mengesahkan dia tidak didapati bersalah dan telahpun menang kes.

@ashrulizhann

‼️UPDATE‼️ alhamdulillah menang , dia cuba spin kata kereta rosak sebab dengar bunyi engine lepas tu baru perasan no plate hilang , sebab tu pergi cari , driver alphard kene kompaun 300, tapi kalau nak jadi kes makamah, dia kana 3000 untuk saman traffic sahaja, yang penting insurance company dia kita dapat 🎉 Kereta depan gi stop lane kanan, alasan: no plate jatuh, member dia tengah gi cari kat belakang #lancer #mitsubishi #malaysia #carcrash #stupid #dashcam #dashcamfootage #70mai #fullstory #alphard malaysiatiktok🇲🇾 #fyp #fypシ #alasan #kakispin

♬ original sound – ashrulizhann – ashrulizhann

“Alhamdulillah , menang sudah , driver Alphard kene kompaun 300, tapi kalau nak jadi kes mahkamah, dia kena 3,000 untuk saman traffic sahaja, yang penting insurance company dia kita dapat,” tulisnya. 

Jelasnya lagi, dia ingin membuat tuntutan loss of use atau compensation for assessed repair time (CART) atau tuntutan hilang guna kepada pihak yang diinsuranskan. 

Difahamkan, pemandu Alphard berkenaan berhenti dilorong kanan semata ingin mencari lesen perdagangan kenderaan motor (LPKM) yang terjatuh. 

Menerusi hantaran di TikTok milik @Ashrulizhann, dia berkongsi rakaman papan pemuka insiden tersebut serta keadaan keretanya yang remuk akibat pelanggaran berkenaan.

Dalam hantaran lain, pemilik Mitsubishi Lancer itu memaklumkan keretanya baru sahaja dicat semula pada pagi kejadian.

“Saya baru cat kereta, bawa balik rumah terus jadi macam ni. Remuk hati kumpul duit sikit-sikit nak cantikkan kereta, tapi jadi macam ni sebab kesilapan orang lain,” katanya.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here