
Projek Kereta Api Laju Jakarta-Bandung atau dikenali sebagai Whoosh berdepan masalah hutang yang kian meningkat dan memerlukan perhatian serius.
Justeri itu, Badan Pengurusan Pelaburan (BPI), Daya Anagata Nusantara (Danantara) bercadang mengemukakan pelan penstrukturan hutang bagi projek Kereta Api Whoosh.
Ketua Pegawai Operasi (COO) Danantara, Dony Oskaria, menyatakan pihaknya kini sedang menyiapkan pelbagai penyelesaian bagi masalah hutang tersebut.
Namun, beliau belum lagi menjelaskan secara terperinci tentang langkah-langkah yang akan diambil.
“Jadi memang kereta api laju ini sedang kita fikirkan dan akan segera kita cadangkan nanti, tetapi penyelesaiannya masih ada beberapa alternatif yang akan kita bentangkan kepada kerajaan mengenai penyelesaian kereta api laju ini,” katanya.
Beliau menambah Whoosh dioperasikan oleh PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) yang merupakan sebuah usaha sama yang dibentuk daripada konsortium PT Pilar Sinergi BUMN Indonesia (PSBI).
PSBI pula adalah konsortium yang terdiri daripada beberapa Syarikat Milik Negara (BUMN) yang terlibat dalam projek kereta api laju berkenaan.
Whoosh ditetapkan sebagai salah satu Projek Strategi Nasional (PSN) dalam Peraturan Presiden (Perpres) Nomor 3 Tahun 2016.
Dalam pembangunannya, KCIC beroperasi tanpa bantuan kewangan dari Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara (APBN) mahupun jaminan Pemerintah Indonesia.
Pembangunan projek Whoosh diperoleh dari dana pinjaman China Development Bank sebanyak 75 peratus.
Sedangkan 25 peratus merupakan modal pemegang saham melibatkan PT Pilar Sinergi BUMN Indonesia (PSBI) (60%) dan Beijing Yawan HSR Co Ltd (40%).
Komposisi pemegang saham PSBI iaitu PT Kereta Api Indonesia (Persero) 58,53%, PT Wijaya Karya (Persero) Tbk (33.36%), PT Perkebunan Nusantara I (1.03%), dan PT Jasa Marga (Persero) Tbk (7.08%).
Manakala komposisi pemegang saham Beijing Yawan HSR Co. Ltd iaitu CREC (42.88%), Sinohydro (30%), CRRC (12%), CRSC (10.12%), dan CRIC (5%).
Pembangunan projek diperoleh dari dana pinjaman China Development Bank (75%) sedangkan 25% merupakan setoran modal pemegang saham iaitu gabungan dari PT Pilar Sinergi BUMN Indonesia (PSBI) (60%) dan Beijing Yawan HSR Co. Ltd. (40%).
Berdasarkan laporan media tempatan, pinjaman dari China Development Bank (CDB) untuk menutup tambahan kos (overrun) sebesar IDR 6.98 triliun (RM1.8 bilion).
“Nah ini juga operasinya kita sedang lihat bagaimana nanti solusi jangka panjangnya mengenai hutang-hutang daripada konsortium ini yang cukup besar ya,” katanya.
Dony menjelaskan proses penstrukturan semula itu dijalankan agar tidak mengganggu kerja PT Kereta Api Indonesia pada masa hadapan.
“Tetapi kita ingin penyelesaian kali ini sebuah komprehensif dan tidak mengganggu kepada kinerja PT Kereta Api Indonesia ke depan,” katanya.
ARTIKEL LAIN
Pendapatan setahun kereta api laju Whoosh tak cukup bayar faedah hutang