MODA Shifter 400X rasmi lancar, harga RM23,888

41

MDua Motor Sdn Bhd memperkenalkan MODA Shifter 400X ke pasaran tempatan pada harga RM23,888 seunit.

Dikuasakan enjin 333cc SOHC satu silinder 4-injap, MODA Shifter 400X memiliki ouput kuasa 26.8hp @ 7,500rpm dan tork 33.5Nm @ 5,500rpm. Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi CVT. 

Skuter dengan berat 208kg itu dilengkapi dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS) sebagai standard. 

Dengan ketinggian pelana 775mm, menjadikannya antara skuter serba lincah dan responsif di pelbagai permukaan jalan.

Ciri peralatan lain yang didatangkan adalah visor angin dengan pelarasan dua tahap secara manual, empat lampu utama LED jenis ‘lenticel’ dengan sistem AFS (Adaptive Front-lighting System), lampu brek LED berbentuk V, Emergency Stop Signal (ESS) dan sistem penghidup tanpa kunci pintar bersama sarung kunci premium.

Selain itu, ruang simpanan yang besar di bawah pelana turut dilengkapi dengan lampu membolehkan penunggang mengakses ruang ketika di persekitaran gelap.

Sistem kunci turut dilengkapi ciri keselamatan ‘immobilizer’ dan sistem pagaran elektronik yang akan memberi amaran jika skuter digerakkan melebihi jarak yang ditetapkan ketika dalam keadaan pegun.

Paparan instrumen LCD TFT 7-inci berwarna penuh memaparkan maklumat seperti sensor pemantau tekanan tayar (TPMS). Tahap kecerahan skrin juga boleh dilaras secara automatik mengikut pencahayaan persekitaran.

Skuter ini juga dilengkapi dua port pengecasan iaitu USB 12V dan satu soket pemetik api 12V. 

Seperti model MODA yang lain, sambungan telefon pintar menjadikan tunggangan lebih mudah dan efisien melalui capaian pintar peranti Apple dan Android yang tersedia dengan bantuan navigasi dan padanan panggilan ketika menunggang.

MODA Shifter 400X didatangkan dengan aksesori tambahan iaitu sistem kamera dwi-lensa hadapan dan belakang yang boleh diaktifkan untuk merakam perjalanan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here