Pelaburan mega Infineon Technologies buka 1,500 peluang pekerjaan

56

Pelaburan mega oleh Infineon Technologies bukan sahaja melonjakkan Malaysia sebagai pusat pengeluaran semikonduktor global bahkan mewujudkan 1,500 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan potensi pelaburan RM30 bilion Infineon ketika Misi Pelaburan dan Perdagangan ke Jerman. 

“Infineon Technologies, gergasi semikonduktor dari Jerman, telah memulakan tambahan pelaburan sebanyak RM30 bilion untuk pembinaan kilang 200mm Silicon Carbide (SiC) Power Fab TERBESAR DI DUNIA di Kulim Hi-Tech Industrial Park, Kedah.

“Fasa pertama kilang ini bukan sahaja sudah siap, malah telah mula beroperasi,” kongsi beliau menerusi akaun rasmi Instagram miliknya. 

Jelasnya, pelaburan mega berkenaan bukan hanya melonjakkan Malaysia sebagai pusat pengeluaran semikonduktor global tetapi juga komitmen pelaburan yang sangat signifikan dan bukti keyakinan Infineon terhadap Malaysia.

“Komitmen Infineon untuk membantu PKS tempatan juga terserlah melalui Program Pembangunan Vendor Tempatan yang dilancarkan pada 15 Januari 2025, menyokong 139 syarikat tempatan! Bayangkan berapa ramai rakyat Malaysia yang menerima manfaat?,” tulis beliau.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here