Tempoh menunggu Xiaomi YU7 kini lebih setahun!

21

Permintaan yang cukup menggalakkan diterima oleh Xiaomi untuk model SUV YU7.

Tidak lama selepas tempahan dibuka, Xiaomi telah menerima kira-kira 289,000 pendaftaran minat.

Lebih menarik, terdapat lebih 80 unit Xiaomi YU7 sudah pun tersenarai untuk dijual semula dengan harga jualan yang jauh lebih tinggi.

Sebagai perbandingan, harga jualan YU7 bermula dari 279,900 yuan (RM165,166) dan mampu mencecah 329,900 yuan (RM194,671) apabila dibeli baharu.

Manakala harga jualan di pasaran terpakai pula dikatakan melonjak kepada 350,000 yuan hingga 390,000 yuan (RM206,531-RM230,135)!

Walaupun diposisikan sebagai EV untuk pasaran massa, permintaan yang tinggi menandakan pembeli perlu menunggu masa yang lebih lama.

Menurut laporan, tempoh menunggu untuk model aras mula kini mencecah 60 minggu manakala model Pro pula mencecah 49-52 minggu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here