BYD SEAL Baharu: Tambah beberapa ciri menarik, bermula RM171,800

9

BYD Sime Motors memperkenalkan BYD SEAL Baharu, sekali gus menetapkan penanda aras lebih tinggi dari segi prestasi, keselesaan dan teknologi. 

Ditawarkan dengan dua varian membabitkan:

  • Premium – RM171,800
  • Performance – RM191,800

BYD SEAL dilengkapi dengan penambahbaikan reka bentuk, keselesaan dan teknologi yang terus mencerminkan cogan katanya, ‘SEAL THE SPEED’ dengan kadar pecutan dan jarak perjalanan hebat sambil memperkenalkan pelbagai ciri baharu yang bermanfaat.

Prestasi Dan Jarak Perjalanan

Varian Performance: Memecut 0–100 km/j dalam masa hanya 3.8 saat, menjadikannya satu daripada sedan elektrik terpantas dalam segmennya. Jarak pemanduannya dengan sekali cas bateri boleh mencecah 580 km NEDC. Model ini menyalurkan 522hp dengan tork setinggi 670Nm.

Varian Premium: Mencatatkan jarak perjalanan sehingga 650 km NEDC, keupayaan jarak jauh yang unggul. Pecutan 0-100km/j mencatatkan 5.9 saat dengan kuasa maksimum mencecah 308hp dan tork mencecah 360Nm.

Suspensi Canggih

Kedua-dua varian itu menggunakan suspensi hadapan Double Wishbone, manakala Multilink untuk bahagian belakang. Bagaimanapun, model baharu ini menerima pembaharuan suspensinya membabitkan: 

Varian Performance: Dilengkapi dengan Sistem Kawalan Badan Peredaman Pintar DiSus-C, yang lazimnya digunakan dalam kenderaan mewah, untuk keyakinan pengendalian dan pemanduan yang unggul.

Varian Premium: Menyediakan penyerap hentakan Peredaman Frekuensi Terpilih (FSD) untuk keselesaan dan kawalan seimbang.

Selain itu, bahagian dalaman dilengkapi dengan skrin infotaimen bersaiz 15.6 inci yang didatangkan 12 pembesar suara DYNAUDIO. 

Jentera berkenaan menerima penambahbaikan dari segi reka bentuk dan tambahan ciri lain membabitkan:

•Tirai suria kuasa elektrik untuk bumbung matahari panoramik.

•Akses tanpa kunci yang menyenangkan (Kunci Digital NFC BYD dan Kunci Bluetooth).

•Pemegang kaca mata.

•Rim aloi 19 inci reka bentuk baharu (kedua-dua pilihan).

Pilhan Warna Menarik

Bagi memberi pilihan kepada bakal pemiliknya, BYD SEAL Baharu ditawarkan dengan empat warna luaran: 

•Aurora White

•Atlantis Grey

•Cosmos Black

•Shark Grey 

Pakej Promosi Pelancaran

Sementara itu, seramai 300 pelanggan pertama BYD SEAL baharu berpeluang untuk menikmati pakej promosi pelancaran bernilai sehingga RM10,888, termasuk pengecas dinding percuma, pakej servis dan rebat pelancaran istimewa.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here