
Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor menahan dan menyita dua buah kenderaan dalam Operasi Prebet Sapu warga asing sekitar Rawang, pada Ahad.
Tindakan diambil ke atas kenderaan tersebut melibatkan salah guna lesen kenderaan motor (LKM), tiada lesen memandu dan lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) serta LKM tamat tempoh.
Selain itu, kesalahan lain direkod adalah tiada insurans dan Puspakom tamat tempoh.
“JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.
“Sebarang aduan kesalahan lalulintas, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan,” menurut kenyataan itu.