
Rider ojek, Munandar Samania, 23 meninggal dunia di Rumah Sakit Umum (RSUD) Daerah Toto Kabila, Gorontalo, Sulawesi setelah mendapatkan rawatan akibat jangkitan paru-paru.
Jenazah Munandar kemudian dibonceng menggunakan motor ke bilik mayat sejauh kira-kira 50km kerana keadaan jalan yang rosak teruk.
Dalam video yang tular menunjukkan mayat berkenaan dibungkus dengan kain batik jawa berwarna kuning kemudian diletakkan di belakang motor lalu diikat ke badan penunggang agar tidak jatuh.
Perjalanan membawa mayat itu diiringi sejumlah penduduk setempat menggunakan motor dan melalui jalan yang berlumpur.
@detikcom “Kami di sini Kecamatan Pinogu, kalau ada hal-hal seperti orang sakit atau apa kebersamaan itu masih kuat bahkan dikawal sampai 20 motor ojek yang ada di sini yang kawal jenazah atau orang sakit. Masyarakat Pinogu akan merasa terpanggil dengan keadaan seperti ini,” Ujar Kepala Desa Tilonggibila, Max Lagibu. Max menuturkan peristiwa serupa sudah tiga kali terjadi di Desa Tilonggibila, Kecamatan Pinogu. Kondisi jalan yang belum diaspal dan sering becek saat hujan menjadi kendala utama. Baca berita selengkapnya hanya di detik.com Creator: Nazwa Video: Apris Nawu #Jenazah #ojek #tilonggibila #gorontalo #detikcom #mediasosial
Penunggang yang mengikuti dari belakang membantu menolak motosikal yang membawa jenazah berkenaan.
Difahamkan, Munandar yang merupakan penduduk kampung Tilonggibila meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas mendapatkan rawatan pada Isnin.
“Ya, untuk pergi ke rumah sakit jika ada warga yang sakit akan guna motor dibawa ke klinik daerah Toto Kabila.
“Selanjutnya dirawat di klinik selama lima hari, kemudian dia meninggal dunia,” kata Ketua Kampung Desa Tilonggibila, Max Lagibu.
Jenazah itu dibawa kembali ke bilik mayat tetapi kerana jalan menuju ke kampung rosak teruk penduduk terpaksa menggunakan motosikal untuk tiba di kampung Tilonggibila.
“Jadi diangkut guna motor untuk pulang ke kampung Tilonggibila. Kerana ambulans tidak dapat jemput dari Pinogu sampai ke sana kerana jalan masih belum menggunakan tar.
“Sekitar 49 hingga 50km sampai ke lokasi (rumah mayat). Dan ada beberapa sungai kecil dilalui sebanyak empat sungai kecil,” tambah Max.
Jelasnya, keadaan jalan sedemikian sudah lama dan penduduk saling membantu ketika ada yang sakit dan meninggal dunia.
“Kami di sini daerah Pinogu, kalau ada hal-hal seperti orang sakit atau apapun kerjasama itu masih kuat bahkan dikawal sampai 20 motor ojek yang ada di sini bagi kawal jenazah atau orang sakit,” ujarnya.