Utama Berita Automotif Polis buru lelaki curi Honda NSS250A

Polis buru lelaki curi Honda NSS250A

7

Polis sedang memburu seorang lelaki disyaki terlibat dalam kejadian curi sebuah motosikal di parkir kenderaan Residensi Adelia Bangi di Kajang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan motosikal Honda NSS250A pada jam 1.35 pagi.

“Siasatan di tempat kejadian telah dijalankan dan hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki dipercayai melakukan perbuatan tersebut.

“Tindakan mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan kunci tambahan bagi mengurangkan risiko kecurian motosikal.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan ke Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114243 atau pegawai penyiasat, Sarjan R Ganesan di talian 012-6089180,” ujarnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here