Ujian rintis QR laluan motosikal di KSAB bermula Rabu

10

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memulakan ujian rintis (trial run) penggunaan kod QR menerusi aplikasi Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIlSe) bagi laluan motosikal dan pejalan kaki di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru bermula Rabu.

Inisiatif itu susulan kejayaan fasa pertama percubaan MyNIlSe bermula 22 September lepas melibatkan laluan kereta di kedua-dua pintu masuk utama tersebut.

KDN menyatakan pengguna motosikal dan pejalan kaki digalakkan memuat turun aplikasi MyNIISe bagi menjana kod QR peribadi untuk digunakan di laluan khas yang disediakan semasa tempoh percubaan itu.

“Sepanjang fasa percubaan NIlSe, sistem kod QR dan aplikasi MyBorderPass sedia ada masih boleh digunakan, namun orang ramai termasuk pelawat asing digalakkan beralih kepada aplikasi MyNIlSe bagi urusan kemasukan imigresen di pintu masuk yang telah mengaktifkan penggunaannya,” menurut KDN.

Bagaimanapun, dokumen perjalanan atau pasport yang sah masih diperlukan untuk proses kemasukan imigresen mengikut ketetapan Akta Imigresen 1959/63.

Pelaksanaan inisiatif itu merupakan sebahagian daripada Projek NIISe bertujuan mempercepat proses pemeriksaan imigresen, mengurangkan kesesakan serta memperkukuh kawalan keselamatan sempadan negara melalui penggunaan teknologi digital lebih efisien dan mesra pengguna.

Maklumat lanjut mengenai penggunaan aplikasi itu boleh didapati menerusi aplikasi MyNIlSe dan saluran rasmi media sosial NIlSe serta boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here