OMODA 7 sah masuk UK, bila giliran pasaran tempatan?

7

OMODA 7 disahkan sebagai model terkini yang akan menyertai barisan kenderaan OMODA di pasaran United Kingdom.

SUV lima tempat duduk bersaiz sederhana ini direka khas untuk memenuhi gaya hidup dan keadaan jalan raya British, diletakkan di antara OMODA 5 dan OMODA 9.

Model ini akan mula dijual di UK pada Januari 2026 melalui rangkaian pengedar OMODA&JAECOO.

Pilihan Rangkaian Kuasa dan Prestasi

OMODA 7 akan ditawarkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa yang terbukti daripada syarikat induk, Chery International:

1. Super Hybrid System (SHS) / Hibrid Plug-in 

Sistem hibrid plug-in pengecasan pantas ini menggabungkan bateri 18.3 kWj dengan enjin 1.5 liter.

  • Kuasa dan Tork: 204 ps dan 365Nm tork.
  • Pecutan 0-100 km/j (0-62 mph): 8.4 saat.
  • Kelajuan Maksimum: 180 km/j.
  • Jarak WLTP: Lebih 1,126 km.
  • Jarak Mod Elektrik (EV) Sahaja: 90 km.
  • Pengecasan Pantas: Mampu mencapai sehingga 40 kW, penambahan tenaga dari 30% ke 80% dalam 20 minit.
  • Fungsi Tambahan: Vehicle-to-Load (V2L) melalui port 3.3 kW.

2. Enjin Petrol TGDI 1.6 liter

  • Kuasa dan Tork: 147 ps dan 275Nm tork.
  • Pecutan 0-100 km/j: 10.4 saat.
  • Kelajuan Maksimum: 190 km/j.

Reka Bentuk Luaran dan Dalaman

OMODA 7 menampilkan reka bentuk yang menzahirkan falsafah jenama Art in Motion dan O-Universe. Model ini kekal dengan gaya OMODA namun dengan olahan tersendiri.

Bahagian hadapan didominasi oleh gril corak berlian tanpa sempadan dan lampu hadapan LED Matrix follow-me-home yang nipis.

Bahagian belakang pula dihiasi dengan lampu belakang berbentuk panahan petir O-Universe.

Di bahagian dalam, reka bentuk minimalis dengan konsol tengah tinggi dan papan pemuka melintang mencipta suasana mewah. OMODA 7 turut menonjolkan:

  • Skrin Sentuh Utama: Paparan 15.6-inci.
  • Paparan Instrumen Digital: Paparan 10.25-inci.
  • Cip Pemprosesan: Cip Snapdragon 8155 Qualcomm untuk sistem yang pantas.
  • Ketersambungan: Dilengkapi dengan Apple CarPlay® tanpa wayar, Android Auto™, dan kemas kini OTA/FOTA secara standard.
  • Ciri Keselamatan: Pemandu boleh mengakses sistem kamera 540 darjah dengan paparan casis telus, serta 21 sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS).

Kemewahan dan Keselesaan

OMODA 7 ditawarkan dalam dua varian untuk pasaran UK.

  • Knight: Menawarkan stereng kulit eko dengan pemanas, penyaman udara dua zon, sistem audio SONY enam pembesar suara, pengecas telefon pintar tanpa wayar 50W dengan penyejukan dan roda aloi 19-inci.

  • Noble: Sistem SONY 12 pembesar suara, pelarasan elektrik enam hala untuk tempat duduk hadapan, tempat duduk dengan pemanas dan berventilasi diinspirasikan permainan video (gaming-inspired), pintu belakang berkuasa, bumbung suria panoramik 1.45m dan roda aloi 20-inci. Turut dilengkapi, sistem Pewangi Penyaman Udara dan Kawalan Suara Empat Zon yang merupakan ciri pertama bagi OMODA di UK.

Ketersediaan dan Harga Pasaran

  • Enjin Pembakaran Dalaman (ICE): Bermula dari £29,915 (RM162,110) OTR
  • Super Hybrid System (SHS): Bermula dari £32,000 (RM173,471) OTR

OMODA C7 Dipertontonkan di Malaysia Autoshow 2025

Model yang sama dinamakan OMODA C7 untuk pasaran tempatan dan telah dipertontonkan di Malaysia Autoshow 2025 pada Mei lalu.

Ia merupakan model pertama yang akan dijual oleh Omoda | Jaecoo Malaysia secara bersendirian dengan jenama Omoda.

Omoda C7 pasaran Malaysia dibekalkan pakej PHEV dengan teknologi Chery Super Hybrid (CSH).

Enjin 1.5-liter 4-silinder turbo menghasilkan 156 ps dan 220Nm tork. Motor elektrik pula mempunyai kuasa 204 ps dan 310Nm, digandingkan dengan transmisi hibrid kelajuan tunggal.

Output keseluruhan adalah setinggi 360 ps dan 530Nm. SUV ini boleh dipandu sehingga 95km dalam mod elektrik dan bersama setangki petrol boleh mencecah 1,250 km.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here