XPeng G6 Ultra RWD Standard Range rasmi lancar, harga mula RM158,888

4

Bermaz XPENG Sdn Bhd, pengedar tunggal XPENG di Malaysia memperkenalkan XPENG G6 Ultra varian RWD Standard Range ke pasaran tempatan pada harga bermula RM158,888 seunit.

Kehadiran smart coupe itu melengkapkan barisan model sedia ada selepas kejayaan pelancaran varian Long Range dan AWD Performance pada Oktober 2025.

Dibina berasaskan seni bina SEPA 2.0, ia mengekalkan dinamik pemanduan pintar dengan konfigurasi yang sesuai untuk penggunaan harian.

Platform 800V membolehkan pengecasan pantas (10-80%) dalam masa hanya 12 minit. Dengan bateri 68.5kWh yang lebih ringan, ia mampu mencapai jarak gerak sehingga 480km (WLTP).

Model import (CBU) dari China ini kini boleh ditempah di semua bilik pameran XPeng yang mana ia menawarkan kuasa 185kW dan tork 440Nm. Selain itu, di atas kertas kecekapan penggunaan tenaga adalah serendah 16.6 kWh bagi setiap 100 km.

Berikut informasi ringkas tentang XPeng G6 Ultra:

  • Menggunakan teknologi pintar (XPILOT Assist)
  • Cip pemprosesan berprestasi tinggi 21.5 TOPS.
  • Tawaran enam mod pemanduan ECO, Comfort, Sport, Individual, Launch dan Escape,
  • Didatangkan dengan ciri keselamatan standard Autonomous Parking Assist (APA), Adaptive Cruise Control (ACC), dan Lane Centering Control (LCC).
  • Penggunaan bateri hanya 1 peratus sejam untuk pendingin hawa semasa kenderaan diparkir.
  • Berbanding varian lain, versi ini didatangkan dengan rim 18-inci, fungsi ventilasi dengan pemanas hanya ditawarkan pada kerusi depan serta tidak didatangkan dengan fungsi urut.
  • Sistem kamera 360-darjah yang lancar dan bebas lag. 
  • Dilengkapi dengan skrin hiburan 15.6 inci dan paparan papan pemuka digital bersaiz 10.25 inci. 
  • G6 RWD Standard Range turut didatangkan dengan keselamatan XPILOT ASSIST melibatkan Forward Distance Monitoring(FDM); Forward Collision Warning(FCW); Autonomous Emergency Braking(AEB); Traffic Sign Recognition(TSR);speed assistant system(SAS); Intelligent High Beam(IHB), Blind Spot Detection(BSD); Door Open Warning(DOW); Lane Departure Warning(LDW); Emergency Lane Keeping (ELK) dan Lane Keep Assistance (LKA), Rear Collision Warning(RCW) serta Rear Cross-Traffic Alert (RCTA).
  • Berbanding varian Long Range dan Performance, versi Standard Range ini tidak ditawarkan video perakam dan Driver State Monitoring (DSM).

Pakej Pemilikan & Waranti

  • Pilihan Percuma: Pakej pengecasan percuma 2 tahun (JomCharge) ATAU Wallbox 11kW percuma (termasuk pemasangan).
  • Waranti Kenderaan: 5 Tahun atau 120,000 km.
  • Servis Percuma: 5 Tahun atau 100,000 km (termasuk penyelenggaraan).
  • Waranti Bateri (HV): 8 Tahun atau 160,000 km.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here