Utama Berita Automotif MV Agusta Brutale 800 Nero Carbonio, anggun dan garang tanpa perlu mekap

MV Agusta Brutale 800 Nero Carbonio, anggun dan garang tanpa perlu mekap

7

MV Agusta memperkenalkan Brutale 800 dengan livery Nero Carbonio baharu. Model ini menggabungkan prestasi, reka bentuk dan teknologi canggih dalam interpretasi warna hitam dan merah yang memukau.

Kemasan logam Nero Carbonio yang eksklusif memberikan sentuhan premium tambahan hasil daripada lapisan clear coat ekstra.

Estetik dan reka bentuk

Livery ini dilengkapi riasan kontras warna paling ikonik MV Agusta iaitu Rosso Ago pada kerangka dan rim untuk mencipta identiti visual yang dinamik serta unik.

Elemen signatur reka bentuk Brutale kekal menjadi teras seperti lampu hadapan LED berbentuk titisan air yang tersendiri, lengan ayun tunggal dan sistem ekzos tiga corong yang ikonik.

Kerangka trellis keluli memastikan keseimbangan sempurna antara ketegaran dan kelincahan manakala reka bentuk lompang di bawah pelana memperkukuhkan karakter motosikal yang ringan dan agresif.

Rangkaian kuasa

Nadi utama motosikal ini ialah enjin tiga silinder 800 cc yang terkenal dan menghasilkan 115 ps (113 kuasa kuda) dan tork 85 Nm.

Enjin ini direka untuk prestasi dan keseronokan menunggang serta menampilkan counter-rotating shaft yang meningkatkan pengendalian serta kestabilan.

Casis dan sistem elektronik

Bahagian depan menggunakan fork USD Marzocchi 43 mm boleh laras penuh dan penyerap hentak tunggal Sachs di belakang.

Sistem brek pula menampilkan angkup depan empat omboh Brembo dengan pemasangan radial M4.32 baharu dan dua cakera terapung 320 mm.

Lengan ayun tunggal memegang tayar Bridgestone S22 yang menghubungkan kuasa 115 ps ke jalan raya.

Brutale 800 dalam warna Nero Carbonio dilengkapi pakej elektronik lengkap dan canggih sebagai ciri standard untuk penunggang mempunyai kawalan penuh serta kebolehsuaian dalam pelbagai keadaan.

Harga dan Jaminan

Brutale 800 dengan livery Nero Carbonio baharu ini ditawarkan di Itali pada harga €13,100 di Itali atau bersamaan kira-kira RM60,613.70.

Motosikal ini disertakan dengan waranti kilang selama 5 tahun sebagai bukti komitmen MV Agusta terhadap kecemerlangan, kebolehpercayaan dan kepercayaan pelanggan. 

Spesifikasi Ringkas MV Agusta Brutale 800 Nero Carbonio

  • Enjin: 800 cc tiga silinder
  • Kuasa Maksimum: 115 ps
  • Tork Maksimum: 85 Nm
  • Kerangka: Steel trellis
  • Suspensi Hadapan: Fork USD Marzocchi 43 mm larasan sepenuhnya
  • Suspensi Belakang: Penyerap hentak tunggal Sachs
  • Sistem Brek Hadapan: Dua cakera terapung 320 mm dengan angkup empat omboh Brembo radial M4.32
  • Tayar: Bridgestone S22
  • Waranti: 5 tahun waranti kilang

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here