Utama Berita Automotif Warga Thailand ditahan memandu tanpa lesen

Warga Thailand ditahan memandu tanpa lesen

10
Seorang warga Thailand yang dipercayai dalam perjalanan membeli barangan bagi kedai makan ditahan dalam Ops PEWA oleh Jabatan Pengangkutan Jalam Cawangan Sungai Petani di KM5, Jalan Sungai Petani–Kuala Ketil, Kedah pada Jumaat.
 
Pemeriksaan mendapati pemandu Proton Wira itu tidak memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sah selain melakukan kesalahan membuat pusingan di lokasi yang tidak dibenarkan.
 
“Susulan itu, motokar berkenaan disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke Depoh Sita JPJ Cawangan Sungai Petani untuk tindakan lanjut.
 
“JPJ Kedah menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi memastikan semua pengguna jalan raya, termasuk warga asing, mematuhi undang-undang demi keselamatan bersama,” menurut kenyataan. 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here