Utama Berita Automotif Pulang dari kerja, JPJ sita empat motosikal warga Rohingya

Pulang dari kerja, JPJ sita empat motosikal warga Rohingya

38
 
Hasrat empat warga Rohingya pulang dari tempat kerja tidak kesampaian apabila ditahan dalam Ops Harian yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Ketil di sekitar kawasan perindustrian Kuala Ketil, Kedah pada Jumaat. 
 
Hasil pemeriksaan mendapati mereka menunggang motosikal tanpa Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sah, selain beberapa kenderaan tidak mempunyai perlindungan insurans, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta melakukan pelbagai kesalahan teknikal.
 
“Semua motosikal yang terlibat disita untuk tindakan lanjut, manakala pemilik kenderaan turut dikenakan tindakan dan dikehendaki hadir ke mahkamah kerana membenarkan individu tanpa lesen memandu menggunakan kenderaan mereka.
 
“JPJ Kuala Ketil menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi membanteras pemanduan tanpa lesen dan memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya sentiasa terpelihara,” menurut kenyataan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here