
Modenas tampil dengan Program Z15GT Care, menawarkan pemeriksaan dan diagnosis percuma untuk semua pemilik Modenas Z15GT di seluruh negara.
Program berlangsung 15 Julai hingga 31 Ogos ini melibatkan 57 pengedar sah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Semua pemeriksaan dikendalikan juruteknik bertauliah Modenas.
Apa pemilik dapat?
- Pemeriksaan & diagnosis percuma
- Bantuan teknikal dan tuntutan waranti untuk kes layak
- Alat ganti disediakan jika perlu (tertakluk stok & hasil pemeriksaan)
Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata, program ini membuktikan komitmen berterusan Modenas terhadap keselamatan dan kepuasan pelanggan.
“Kami bawa servis lebih dekat kepada pemilik Z15GT. Setiap maklum balas akan dianalisis untuk tingkatkan kualiti produk dan pengalaman pemilikan,” katanya.
Untuk mengelak daripada tempoh menunggu yang lama, pemilik Z15GT disaran buat temu janji dengan pengedar yang mengambil bahagian dalam program ini.
Pemilik juga dinasihatkan membawa sijil pendaftaran motosikal dan buku servis semasa pemeriksaan.
Untuk mendapatkan senarai penuh pengedar yang menyertai program Z15GT Care, pemilik motosikal berkenaan boleh melayari laman web rasmi dan media sosial Modenas.































