Utama Berita Automotif Honda rai tiga pemilik pertama All-New Prelude

Honda rai tiga pemilik pertama All-New Prelude

4

Honda Malaysia meraikan tiga pelanggan istimewa dalam majlis penghargaan eksklusif sempena kemunculan semula All-New Prelude — model sport coupe ikonik yang kembali mewarnai pasaran tempatan dengan gabungan warisan prestasi dan teknologi elektrifikasi moden.

Majlis itu menghimpunkan tiga pemilik awal All-New Prelude iaitu Gan Ker Beng, Wahiduzaman Abu Kashim dan Dr Davina Navreet Kaur.

Ketiga-tiga mereka berkongsi minat mendalam terhadap karakter unik, pengalaman pemanduan dan legasi panjang model tersebut.

Impian Sejak 90-an Akhirnya Menjadi Kenyataan 

Bagi Gan Ker Beng, seorang usahawan dari Johor Bahru, memiliki Prelude adalah impian yang menjadi kenyataan.

“Saya sudah lama mengagumi Prelude sejak era 1990-an. Hubungan panjang dengan jenama Honda dan nostalgia terhadap nama Prelude mendorong saya memiliki model ini,” katanya.

Keseimbangan Kuasa Dan Keselesaan Harian

Wahiduzaman Abu Kashim dari Kuala Lumpur pula pernah memiliki beberapa model prestasi Honda sebelum ini.

Menurutnya, All-New Prelude menawarkan keseimbangan ideal antara keseronokan memandu dan keselesaan kegunaan harian.

Beliau turut memuji teknologi S+ Shift terbaharu Honda Malaysia yang memberikan sensasi pertukaran gear lebih responsif dan pengalaman pemanduan lebih mengujakan.

Dari Minat Remaja Ke Pemilik Pertama Honda

Sementara itu, Dr Davina Navreet Kaur, seorang pakar endodontik, menjadikan All-New Prelude sebagai kereta Honda pertamanya.

Minat terhadap Prelude bermula sejak remaja apabila sering melihat model klasik itu di kawasan kejiranannya di Subang.

“Tertarik dengan teknologi hibrid Honda, saya terus membuat tempahan sebaik model ini dilancarkan,” ujarnya.

Gabungan Warisan Dan Elektrifikasi

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki berkata, kemunculan semula All-New Prelude mencerminkan semangat Honda yang sentiasa mengutamakan pengalaman pemanduan dan hubungan erat dengan pelanggan.

“Kami berbangga dapat berkongsi detik bermakna ini bersama pemilik yang mempunyai kisah tersendiri bersama Prelude,” katanya.

All-New Prelude direka sebagai grand tourer berorientasikan pemandu yang menggabungkan warisan prestasi Honda dengan teknologi elektrifikasi terkini.

Ia turut memperkenalkan teknologi S+ Shift buat pertama kali di Malaysia bagi memberikan pengalaman pemanduan lebih imersif.

Sebagai model terbaharu dalam rangkaian kenderaan hibrid Honda yang merangkumi sedan, hatchback dan SUV, All-New Prelude menampilkan pendekatan baharu dalam segmen sport coupe moden sambil mengekalkan DNA pemanduan yang sinonim dengan Honda.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here