Utama Berita Automotif iCAUR 03 RWD kini dipasang di Malaysia

iCAUR 03 RWD kini dipasang di Malaysia

6

iCAUR Malaysia secara rasmi memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) bagi iCAUR 03 RWD, sekali gus memperkukuh komitmennya terhadap pembeli kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Langkah itu menyusuli kejayaan pelancaran CKD bagi varian pacuan semua roda iCAUR 03 iWD pada Mei 2026, sekali gus melengkapkan barisan model iCAUR 03 yang dipasang secara tempatan.

Walaupun beralih kepada pemasangan tempatan, iCAUR 03 RWD mengekalkan harga pengenalan versi CBU pada RM119,740 atas jalan tanpa insurans bagi Semenanjung Malaysia.

Varian pemasangan tempatan itu turut mengekalkan spesifikasi, ciri dan prestasi sama seperti versi import CBU.

  • Sistem Pacuan & Kuasa: Pacuan roda belakang (RWD) dengan konfigurasi motor tunggal di bahagian belakang
  • Prestasi: Kuasa maksimum 135 kW (184 PS) dan tork puncak 220 Nm
  • Mod Pemanduan: Dilengkapi lima mod pemanduan yang boleh dipilih mengikut keadaan pemanduan berbeza
  • Bateri & Jarak Pemanduan: Menggunakan bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) berkapasiti 65.7 kWh yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 426 km berdasarkan kitaran NEDC
  • Keupayaan Pengecasan: Menyokong pengecasan pantas DC sehingga 80 kW dan pengecasan AC sehingga 6.6 kW

Pengeluaran rasmi bermula pada September 2026, manakala penghantaran kumpulan pertama dijadualkan kepada pelanggan pada Oktober 2026.

Unit pemasangan tempatan ketika ini ditawarkan dalam jumlah terhad.

iCAUR 03 terus tampil menonjol dalam segmen EV menerusi rekaan ikonik Boxy Retro Classic, yang menggabungkan karakter lasak dengan daya tarikan moden sebuah kenderaan elektrik.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here