Kita Juara!!!

1422

Pencarian untuk mekanik kereta terbaik di rantau ini mencapai penutup gemilang di Pusat Konvensyen KLCC apabila pasukan Malaysia terdiri daripada Low Pai Khoon, Yim Shao Ze dan Alvin Tan Yong Jun, dinobatkan sebagai Juara Serantau peraduan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic 2018! .

Selepas berhempas-pulas, pasukan Malaysia diraikan sebagai pasukan pertama yang berjaya menghidupkan enjin seterusnya melahukan kereta selenggaraan mereka. Sekali gus menyempurnakan tugasan akhir dalam peraduan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic 2018.

“Peraduan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic 2018 merupakan pertandingan yang paling mengujakan setakat ini. Dengan penglibatan pakar kereta Castrol terbaik dari rantau ini, bertarung demi meraih kedudukan teratas.



juara

Tahniah kepada Juara Serantau yang telah berusaha keras selama berbulanbulan lamanya untuk mempersiapkan diri dengan mempertingkatkan penguasaan kemahiran teori dan praktikal. Castrol berbangga melalui kembara ini bersama mereka.

Kami berharap pengalaman ini akan membuka peluang kepada mereka untuk mengembangkan perniagaan dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan,’’ kata Pengarah Pemasaran Serantau- BP/Castrol Asia & Pacific Shyam Balasubramanian.

Menurut Shyam Balasubramanian lagi, “Sebagai pengeluar jenama minyak enjin peneraju, Castrol EDGE dan Castrol MAGNATEC, kami bukan sekadar ingin memberi ganjaran dan mengiktiraf mekanik. Tetapi juga berhasrat untuk memberi sokongan yang berterusan kepada mereka dalam usaha menambah pengetahuan dan kemahiran teknikal. Demi mencapai matlamat ini, peraduan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic merupakan platform cemerlang. Di mana mereka berpeluang mempamerkan kemahiran dan memperoleh pendedahan bernilai di peringkat serantau. 

Tahniah kepada Juara Serantau di atas kejayaan dan terima kasih kepada semua peserta di atas usaha, kesungguhan dan minat mendalam anda sepanjang peraduan ini berlangsung.’’ 

juara

Sebagai tambahan kepada Hadiah Utama, pemenang Low Pai Khoon. Yim Shao Ze dan Alvin Tan Yong Jun juga akan mendapat peluang sekali seumur hidup. Untuk menyertai kru pit pasukan Renault Sports Formula One Team semasa perlumbaan F1 Grand Prix di Singapura, bulan ini.

Juara

Mengulas mengenai kejayaan bersejarah pasukannya, Low Pai Khoon berkata. “Kami sangat gembira kerana dapat mewakili negara dan seterusnya memenangi peraduan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic 2018! Kami telah menempuh cabaran yang sengit dan berterima kasih di atas segala sokongan yang telah membawa kami ke tahap ini. Kami sangat teruja untuk menyertai kru pit pada F1 Grand Prix di Singapura nanti dan berharap dapat mempelajari sebanyak mungkin daripada mekanik-mekanik terbaik di dunia.

juara

Kami ingin merakamkan penghargaan kepada Castrol atas peluang yang diberikan ini. Dan matlamat kami ialah melakukan yang terbaik semasa perlumbaan F1 Grand Prix di Singapura pada September ini.’’ 

Pasukan Thailand dan pasukan India, masing-masing merupakan pemenang tempat kedua dan ketiga.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here