Aidil Mohd Ayub juara pertama Mini Cub Prix KBS

2968

Mohamad Aidil Mohd Ayub, pelumba cilik yang berusia 12 tahun muncul sebagai juara pertama siri perlumbaan Mini Cub Prix KBS di  MAEPS, Serdang, Selangor. Aidil berjaya mendominasi kedua-dua perlumbaan akhir kategori Junior pada saingan pusingan pertama semalam.

Tanpa tentangan sengit daripada pelumba-pelumba lain, Mohamad Aidil menonjolkan aksi cemerlang dengan menamatkan 14 pusingan perlumbaan 1 dengan catatan masa keseluruhan 9’37.365s dan seterusnya mencatatkan masa keseluruhan dalam perlumbaan 2 selama 9’38.370s.

Muhammad Farish Iqmal Khayrul Elyas  dengan masa 9:49.122s muncul naib juara Perlumbaan 1 diikuti Nabil Abdul Rahman dengan masa 9:49.263s di tempat ketiga.



Manakala bagi Perlumbaan 2 pula, Muhammad Alif Izwan Samsul Fakry muncul naib juara dengan masa 9:46.219s dan dengan masa 9:52.968s, Muhammad Farish Iqmal sekali lagi meraih podium dengan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

“Saya gembira dengan kemenangan ini setelah menjalani banyak latihan sebagai persediaan untuk perlumbaan minggu ini,” kata Aidil.

Bagi merealisasikan hasrat untuk beraksi secara profesional dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2019, pelumba cilik Mohamad Aidil berharap dapat meneruskan aksi cemerlang pada perlumbaan yang akan datang.

Perlumbaan Mini Cub Prix KBS adalah program pembangunan sukan permotoran yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama Kejuaraan Cub Prix Malaysia dimana pelumba-pelumba akan bersaing untuk merebut hadiah berupa biasiswa dan slot automatik dalam perlumbaan satu pengeluar Honda dan Yamaha pada musim 2019.

Tiga kategori sampingan turut berlangsung selain daripada kategori Mini Cub Prix KBS Junior iaitu kategori Kidz ( 6 – 9 tahun), kategori Kadet (10 – 11 tahun) dan kategori terbuka ( 6 – 12 tahun).

Pusingan kedua Mini Cub Prix KBS akan berlangsung di Kuala Terengganu, Terengganu pada 5 dan 6 Oktober depan.

Hebatkan pelumba-pelumba cilik ni beraksi di litar? Betullah peribahasa yang dikatakan ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Mereka seharusnya dilatih daripada kecil untuk mengasah bakat dan minat mereka. Biarkan mereka berlumba di litar daripada mereka berlumba di jalan raya nanti. Apa pendapat anda?

Disini kami juga senaraikan nama pemenang siri perlumbaan Mini Cub Prix KBS beserta catatan masa dan kedudukan kesuluruhan.

KLINIK CUB PRIX KBS JUNIOR

Perlumbaan 1

  1. Mohamad Aidil Bin Mohamad Ayub (SGR) 9:37.365s
  2. Muhammad Farish Iqmal Bin Khayrul Elyas (JHR) 9:49.122s
  3. Nabil Bin Abdul Rahman (JHR) 9:49.263s

Perlumbaan 2

  1. Mohamad Aidil Bin Mohamad Ayub (SGR) 9:38.370s
  2. Muhammad Alif Izwan Bin Samsul Fakry(KUL) 9:46.219s
  3. Muhammad Farish Iqmal Bin Khayrul Elyas (JHR) 9:52.968s

Kedudukan Keseluruhan

  1. Mohamad Aidil Bin Mohamad Ayub (SGR) 50 mata
  2. Muhammad Farish Iqmal Khayrul Elyas (JHR) 36 mata
  3. Muhammad Alif Izwan Samsul Fakry (KUL) 33 mata

Kategori Open

  1. Muhammad Hakim Danish Bin Ramly 7:42.863s
  2. Mohamad Aidil Bin Mohamad Ayub 7:46.763s
  3. Qabil Irfan Bin Azlan 7:57.194s

Kategori Kadet

  1. Muhammad Hakim Danish Ramly 6:34.471s
  2. Muhammad Haziq Hakimy Kamaruddin 6:50.383s
  3. Muhammad Farish Hafiy Farid Sezli 6:50.460s

Kategori Kidz

  1. Qabil Irfan Bin Azlan 5:40.167
  2. Muhammad Adib Arsyad Bin Hisyam 5:46.071s
  3. Muhamad Iqmal Firdaus Kamalruzzaman 5:53.545s

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here