Honda Civic menerusi 3 varian diuji di litar dan ini hasilnya

1191

[H]onda Civic Type R baharu menunjukkan kehebatannya apabila berlumba dengan Civic Sport dan Civic Type R British Touring Car Championship (BTCC)  di litar Knockhill di Scotland sejauh 2.045 kilometer.

Civic paling lemah dalam perlumbaan ini ialah model Civic Sport yang mempunyai empat silinder turbocharged 1.5 liter yang menghasilkan 180hp (134 kilowatt) dan 177 pound-feet (240 Newton-meters).

Civic Type R pula berada ditempat kedua dalam perlumbaan itu. Ia dilengkapi dengan empat silinder turbocharged 2.0 liter yang mengeluarkan 316 hp (236 kW) dan 295 lb-ft (400 Nm) di pasaran British – atau 306 hp ( 228 kilowatt) di Amerika.



Civiv BTCC yang memenangi perlumbaan ini dilengkapi dengan 350 hp (261 kW) dan 295 lb-ft (400 Nm). Kotak gear jujukan enam kelajuan menggantikan manual enam kelajuan kereta jalan raya bagi tujuan persaingan yang lebih baik.

Tiga varian kereta itu dilepas dengan waktu berbeza untuk memastikan mereka melintasi penamat pada hampir masa yang sama. Kemenangan dapat ditentukan dengan melihat catatan masa sewaktu mereka melintasi garisan penamat.

Civic Sport melintasi garisan penamat dalam masa  1:05.45 saat, manakala Type R  memerlukan 1:01.34 saat untuk melengkapkan trek. Kereta lumba BTCC memenangi perlumbaan dengan catatan masa 0:55.65 saat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here