MADBOXER: Motosikal menggunakan enjin Subaru WRX

2926

Dalam dunia modifikasi, membina adalah tugas yang rumit dari merancang. Apatah lagi idea meletakkan enjin kereta pada badan motosikal. Madboxer, itulah nama yang diberi.

Madboxer
Madboxer

Tester sempat mengendap idea menakjubkan yang di lakukan oleh seorang warga New Zealand, Marcel Van Hooijdonk mewujudkan jentera ‘Madboxer’ yang luar biasa iaitu motosikal menggunakan enjin kereta.



Madboxer, nama yang unik telah ‘dibina’ selama lebih dari lima tahun. “Semuanya bila Marcel di cabar oleh pasangan di Aussie, yang berbunyi “Konsep Motosikal Berkuasa Subaru”.

Enjin merupakan kunci pembinaan ini, Marcel mempunyai beberapa pilihan. Enjin Subaru yang paling mudah didapati di New Zealand adalah siri EJ berkapasiti antara 1.5 hingga 2.5 liter.

Projek di mulakan,setelah mendapat kebenaran daripada badan kawal selia yang meliputi semua kenderaan yang diubah suai di New Zealand iaitu Persatuan Teknikal Kenderaan Volum Rendah (LVVTA).

Lukisan menggunakan kaedah AutoCad di lakukan demi mengatur kedudukan seperti casis, hendal bar. Menurut Marcel, projek tersebut bukanlah mudah dan mesti di lakukan dengan teliti.

Tangki minyak dari motosikal Kawasaki, roda di beli dari NZ TradeMe setara eBay, dan unit twin-turbo yang lebih kecil dari Subaru Legacy. Itu yang terdapat di Madboxer. Kacukan terbaik.

Marcel  telah mengubah suai dari transmisi automatik kepada pemacu gunakan rantai, bertujuan mendapatkan kuasa dari roda belakang.

Seperti motosikal “automatik” lain, motosikal ini tiada penuil kaki,penukaran gear hanya melalui butang terletak pada hendal. Brake seperti skuter dengan lever terpasang di hendal bar. Sistem brek menggunakan teknoloji Buell.

Madboxer dengan berat 313.5kg, terlalu berat bagi  motosikal standard. Namun dengan enjin boxer, sebahagian besar berat motosikal tersorok di dalam casis yang rendah.

Dengan tork yang cukup tinggi, ia pasti akan terbang di jalan ketika ditunggangi. Dan ianya kebangaan Marcel, impian menjadi kenyataan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here