Autoveicolo Da Montagna – Moto Guzzi 3 Roda

2142

Tester agak konfius bila pertama kali melihat gambar-gambar motosikal 3 roda ini. Di sangkakan ianya jentera kegunaan di ladang atau untuk Auto Show. Rupa-rupanya ada sejarah tersembunyi. Autoveicolo Da Montagna – pastinya jentera ini tiada di negara kita.

Direka untuk tentera Itali, Moto Guzzi telah membuatnya pada awal tahun 60an. 3WD sepenuh masa, transmisi enam kelajuan dan gear belakang.



Ia dipanggil Autoveicolo Da Montagna (‘kereta gunung’) dan ia adalah salah satu kenderaan tentera yang paling canggih pernah dibuat. Reka bentuknya ringkas dan mudah, jentera yang digunakan oleh pasukan “Alpini” untuk merentasi curam dan jalan di gunung. 

Secara teknikal, jentera ini lebih pada daya tarikan. Roda depan di pacu oleh rantai dan ada perbezaan boleh ubah antara depan dan pemacu belakang. Pengangkut belakang boleh disesuaikan mengikut rupa, dan kapasiti karo adalah 500 kilogram.

Enjin silinder tunggal 500cc yang asalnya diperuntukkan (dan digunakan dalam 3 × 2 Motocarro Military)  telah di hapuskan, digantikan dengan enjin 750cc V-Twin baru yang digelar ‘Carcano V7’, mengambil sempena nama jururekanya.

Tentera Itali telah membatalkan pengeluarannya pada tahun 1963. Insiden jentera terbalik dan menghempap penunggang, mengakibatkan terlalu ramai yang terbunuh.

Pemilik terkini, Peter Moskovskikh mengambil masa selama 6 bulan bagi membaik pulih motosikal 3 roda ini kembali seperti asal. Kesukaran mendapatkan alat ganti adalah isu utama.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here